Followers

Monday, October 31, 2011

wuuuuuuuuuuuuuuu...haaaaaaaaaaa..errkkkkkkkkkkkkkkkkk...huarghhhhhhhhhhhhhhhh...yahhhhhhhhhhhhhhhh...yiiiiiiiiiii...kuiiiii...perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

Ari Isnin Yang Ntah Pape

warghahahaha...aku gelak jer keja nye dr td. Mula-mula dtg opis td rasa ngantok. Pastu aku psiko kan diri aku dgn mendengar lagu "Happy - Amy Mastura". Terus jadi happy banget dan bersemangat. Opsss...jgn salah sangka..nonono..bkn bersemangat buat keja,  tp semangat dok tulis blog nih. hehehehe.. Actly takder apa yg nak dikongsikan dgn uolls sebab weekend ari tu (sabtu & ahad) takdak activity pun. Cuma pg sabtu jer aku g kenduri member opis. Pastu selebih nye aku tido jerk kat rumah smpai la pg td..Hehehehe...niat hati mmg nak kuar. Tp mood malas nak bersiap and drive tu membantutkan niat aku nak g jenjalan. Hati aku rasa pudar untuk kuar 'berdating' so stay kat rumah jer la. Makan tido...makan tido..tido makan..tido makan...tu jer la aktiviti aku hari mgu ari tu. hopefully ada la aktiviti yg menarik bakal menanti aku mgu depan. huhuhuhu...tpppp..mgu depan kan raya. Arghhhhh..aku tak balik raya. sedey nyeee..mama, abah..i xblk raya. jgn sedey-sedey tau. tp smlm 'abe loh' ada ajak aku g beraya di pasaraya. katanya pasaraya tak tutup hari raya..hermmmm..tgu jer lah...hehehehee

Friday, October 28, 2011

KOREA WITH LOVE

holiday, holiday, holiday....yeahaaaa...sonok nye kalau dpt g holiday. Every year aku akan g holiday bersama teman-teman untuk menenangkan jiwa yg agak kacau nih. Tapi untuk tahun hadapan, plan nak g bercuti di Korea dgn kawan-kawan Qaseh sekalian + Mira. Aku tingin sangat nak g main snow kat sana. Lagipun sambil nak merawat hati yang luka gtu..(auwwww...jiwang u). Melalui pic-pic yg aku search dlm google, nampak cam best jer. Tenang dan damai persekitaran nya. Aku + Yna Hermosa + Mira mmg dok giler nak g korea. Siap aku dah boleh mimpi 2 hari lepas naik flight ke korea pastu jumpa mamaat K-POP dok sebelah aku ms dlm flight. Sampai mcm tu skali? huhuhuhuhu....Aku pun tak pasti kenapa aku tingin sangat nak ke sana? Adakah ianya berkaitan dgn kisah silam? hermmm...tak bisa hati menjawab. Yang penting, aku akan mark kan korea sebagai destinasi percutian luar negara untuk tahun hadapan. Hehehehe...korang doa-doakan la supaya perancangan aku ni berjalan dgn lancar dan dpt merawat jiwa luka nih. Sedeyyyy...

Sebelum aku g sana and snap pic sendiri, apa kata kita layan dulu pic-pic yg aku amk dlm google....zasssssssssss







MAKAN FREE

Kalau smlm aku mkn free sebab meeting dan kak bai (kakak opis aku) belanja, ari ni aku dpt free sebab kakak-kakak opis aku bagun awal pagi buat breakfast. Macam-macam menu ada. Sandwich sampai dua jenis pastu ada mee kolok goreng lagi. Nugget and kepek-kepek pun ada. Wahhhhh..meriah u. Dah mcm kenduri lak. Semalam kakak opis aku msg ckp tak payah beli makan esok sebab dia nak bwk bfast. Macam mana nak beli nye bfast memandangkan aku stiap ari dtg opis ngam-ngam soi jer..hehehe Amin..syukur rezeki di pagi jumaat. Jap lagi dorang ckp ada nasi lemak lak. Kakak operator opis aku yg msk. Masak kat opis lagi. Dah macam umah jadi nye opis aku nih. huhuhuhu...oleh itu...moh la kt layan makan sampai pitam..hehehehe

Thursday, October 27, 2011

REZEKI HARI KAMIS

Alhamdulillah...rezeki hari kamis agak murah. Meeting pg td mkn nasi gorang ikan masin (pagi2 aku dah melantak nasi). Lunch td kak bai belanja makan satay and coconut shake and nasi kukus..taniahhh..berjaya merosakkan diet and menambahkan berat badan. hehehehe..apa2 pun aku mengucapkan terima kasih kat kak bai sebab belanja aku dgn ina td.  nt belanja lg tau

Tuesday, October 25, 2011

kawan-kawan kiri dan kanan aku



Ni housemate merangkap PA aku sejak 4 tahun lalu. Dia yang akan ingtkan aku tentang apa saja aktiviti harian aku termasuk la aktiviti dating. So semua dgn sapa aku berskandal or berkawan, dia akan kenal. Kemana saja aku pergi, aku mesti bwk dia.  Kdg-kdg time dating pun aku bawak dia. Pendek kata mana saja ada aku pasti ada dia. Dah nama PA kan? hehehehe...Dan dia gak selaku pendengar dan pemberi 'pendapat' untuk menyedapkan hati aku. Contoh soalan yg sentiasa aku tnya ialah "akak cantik tak?"....jawapan dia "cantikkkk"...hehehe..walaupun jawapan nye dia sendiri tak tau, tp dia akan cuba bg jawapan yg menggembirakan aku sebab dia dah msk sgt dengan perangai aku nih yang nak kan jwpan yg positif jer..so dia pun layannnzzzzzzzz...



 
Yang ni BFF aku..kenpa? tak percaya ekkk? Yea, semua orang tak caya sebab kami nih berbeza sgt...sangat-sangat berbeza. Dia seorang yang baik, lemah lembut (tp kekadang brutal gak), sopan santun, sentiasa berpakaian sopan, jaga tutur kata dan tak pernah berprasangka buruk tentang orang lain. Lain dengan aku ni yang garang dan cepat marah (tu yg semua org ckp tentang aku)...hehehe..tp betul la apa yang dorang ckp tu. Dia akan jd tempat aku meluahkan perasaan aku. Kiranya tempat pertama yang aku akan tuju bila jiwa kacau. Dia pun pendengar setia aku gak.  Dulu masa dia keja kat putrajaya sempat gak la kt org merempit blk keja dan ke alamanda. Skrg ni dia dah pindah blk kg. So jarang la jumpa. Cuma slalu msg and col. Tak pun chating and berfb. hehehehee..






Dorang ni lak geng opis merangkap kakaq-kakaq dan adik-adik aku kat opis. Teman setia ke alamanda, henjoy-henjoy dan gosip-gosip (gosip girl). Pic ni diambil masa meraikan majlis perpisahan kak leen (kanan ujung skali/sblh aku daaa)..Dorang semua ibu-ibu yang bekerjaya. Yang blom kawin aku dan yna hermosa. tp yna hermosa tu dah ada org punya tau...hehehee







Haaa....dorang berdua nih ialah rakan kuliah kat uitm. Aku start rapat dgn dorang masa sem 2. Sampai lani jd kawan baik. Dorang banyak membantu aku dlm pelajaran dan asgment. Pemangkin semangat aku untuk terus belajar. Susah senang masa exam sama-sama. Moto idup, work smart not work hard....hehehehe..dorang ni agak kelakar and sengal-sengal ubi. Especially irma (yang tudung itam putih tu). hahahaha...lawak seyyy...syira lak selaku mama tiri kepada kt org yang malas nih...dia selalu bersemangat bila time wat asgmnt.  Pic nih masa dlm kelas Dr Nasa. Kt org mmg suka ber gambar. lect dok ngajar kat depan pun jd la...hehehe..Dorang akan grad thn depan. Tp aku masih ada setahun lg sebab aku dapat examption cket jer. Risau gak mcm mana nak teruskan idup sebagai student tanpa mereka berdua nih...huhuhuhuhu..

hari ini

 hari ini ialah hari selasa....hehehehe..tu jer aku nak cakap..bolem ada ilham lagi nak tulis nih. so aku ucapkan selamat hari selasa la untuk semua...

Monday, October 24, 2011

KU MENUNGGU

Ku menunggu
Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
Ku kan selalu di sini untuk menunggumu
Cinta itu
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu
Datang padaku
Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Ku ‘kan selalu setia ‘tuk menunggumu
Ku tetap menunggu

***mcm kejam jer bait2 lagu ni kan? dosaaaaa

MONDAY MORNING

    Bertemankan black coffee and white bread beserta alunan lagu aisheteru, aku memulakan kerja dgn tenang dan damai walaupun pikiran agak kusut dan serabut. Serabut dgn asgmnt yg belum siap. Serabut nak pikir hal-hal sebesar kuman..namun aku tetap di sini. Setia d opis yg telah didiami sejak 4 tahun lalu.






Saturday, October 22, 2011

aktiviti hari sabtu 22 oktober 2011

hari ni mmg aku sibuk banget sebab dr pagi sampai ke petang temankan abg sedara g beli barang-barang kawin kat Nilai 3. Beruntung sapa kawin dgn dia sebab semua barang dia yang belikan. Baju untuk nikah pun dia yang belikan. Tapi kalau aku la yang nak kawin, aku lebih suka g beli sendiri daripada biarkan bakal suami yang beli. Maklumla, orang lelaki bukan pandai sangat nak beli barang-barang mcm ni. Bila msk kat kedai jual goodies, poning lak nak pilih yang mana satu. Abe (gelaran abg sedara aku) ckp nak yang dah siap tp warna pupel sebab tema dia warna pupel. So jenuh kt org dok cari. Bila tunjuk yang tu, dia cakap cantik. Bila tunjuk yang ni pun cantik gak katanya. Alih2 kt org suruh dia pilih sendiri sebab dia dah pening. Hehehehe..akhirnya dia beli potpori 200 biji. Done. Pastu g cari kain untuk buat baju nikah. Dah dapat kain, cari tudung lak. Abis satu Nilai 3 kt org pusing nak cari tudung putih. Last-last jumpa gak. Abis semua benda dia nak beli. Quran dan kopiah pun dia nak beli kat sini. Mcm la dia balik naik keta kan? hehehehe..pening aku. Mcm mana dia nak naik flight dgn barang-barang bnyk camtu. Tp kesian kat dia sebab semua benda dia nak uruskan..after soping-soping kat Nilai,  kt org g hantar dia kat Sri Petaling. Dah hantar dia tetiba ada member col ckp nak jumpa..alamakkkkk...penat nye. tp bg tidak menghampakan permintaan sahabat tu, aku pun onn jer. So kt org lepak kat old town cyberjaya...walau penat tp best dpt lepak and gelak2 dgn member. gigih gtu...hehehehe

Friday, October 21, 2011

tweet..tweets...

      Yeahaaaa...Dengan bangga nye aku mengumumkan aku dah ada twitter..hakhakhak..giler ah. org lain dah berzaman ada twitter, aku baru buat smlm dah nak kecoh..huhuhu..bkn apa. bangga actly sebab dlm opis aku ni boleh kira dgn jari jer bpa org yang ada twitter. Kalau kat floor aku ni, 2 orang jer yang ada twitter iaitu aku dan mira..hahaha..canggih nokss...Aku bukan apa. Dah bosan dgn facebook sebab tak ada privacy. Dulu masa dgn FB mmg ceria banget idup aku. Ceria dgn kutukan dan makian yg aku lemparkan kepada insan-insan yg tak bernama...hahahahahaha...(jahatnya kamu..lagu stacy). Aku tak kisah pun sapa nak baca or nak komen kat wall aku sebab kalau aku tak suka, aku akan delete jer komen tu. Bagi aku tu perkara biasa la. Nak-nak mulut aku yg ala-ala longkang dan perasan diva nih..(mak tak kisah nyah). Memang mak tak kisah. Tapi mak akan kisah dan melahar kalau korang add aku semata-mata nak menyibuk psl aku. Huhhhh..mmg aku hangin la. FB tu kan personal life aku. takder kena mengena dengan urusan keja aku. Suka ati aku la nak post apa pun. nak post psl aku g melantak kat mana dengan sapa ke, aku mandi pakai baju ke tak or apa2 jer. tu hak aku. yang nak sibuk kenapa? Kalau nak tgk pic-pic aku yang seksi pun aku tak kisah tp PLSSSSS..PLSSS..PLSSSS...kamu jangan nakal...(eh, eh..tersasar lak). Tp jangan nak campur adukkan hal FB aku dgn keja aku kat opis hokey???? korang nak lahar aku ke, nak kutuk aku kat fb pun aku tak kisah. tp tak perlu la korang nak tunjuk kat bf korang fb aku ni pastu bf korang yg sakit mental tu lak nak sentap-sentap..apa kes? sebab tu la aku dah tak berfb skrg ni supaya takder la org nak meroyan sebab jeles dgn kegiatan aku...hahahha

         Skrg ni aku mula bertweet..tweet dgn mira. org lain takder twitter so tak tau la apa yg kita org bualkan. Aku rasa sangat-sangat free dan henjoyyyyy....hukhukhuk..skrg ni aku hidup bahagia bersama twitter aku. Tp tak tau la kot-kot nt si acik tu gigih buat twitter lak semata-mata nak tau aktiviti haram aku nih...hahahaa





            
VS


    

MAK SENTAP NYAHHHH

         Semalam aku dok lepak-lepak dengan geng-geng opis masa lunch. Tetiba ada sorang memebr opis aku ni tnya aku soalan yg berbunyi begini "ko tak rasa nak kawin ke?".........awwwwww.......tersentap mak. Hehehehe..actly takder la sentap sebab aku ni bukan kaki sentap. cuma ada terpikir gak kenapa aku takut sangat nak kawin yea?

         Secara jujur nye memang aku takut nak kawin. Kenapa? Yea, aku takut..amat takut. Takut lepas kawin aku hidup susah. Takut lepas kawin aku dah tak dapat bersama family. Takut tak dapat g jalan-jalan. Takut tak dapat kebebasan lepas kawin. Takut lepas kawin didera. Takut lepas kawin gaduh-gaduh. Nak-nak bila tgk skrg ni cerai berai di hujung lidah jer...Aku takut..takut..takuttttt....hukhukhuk..takut nye.

         Sapa yang tak nak kawin kan? Baik lelaki mahupun perempuan semua nak ada keluarga sendiri. Nak ada orang yg sentiasa bersama kt time susah, senang dan sentiasa bg semangat. Nak ada anak sendiri kan? tp tu la....aku amat takut dengan semua tu. Aku takut bila dah ada family nt, aku tak dapat mengurus family sendiri. Tak dapat nak jadi isteri dan ibu yang baik. Hakikatnya aku masih belum bersedia untuk itu semua. Tapi sampai bila? Umur makin hari makin meningkat. Sampai ke hari ni aku masih tak paham kenapa aku takut sangat nak kawin. Tp yang pastinya aku tau. JODOH aku belom sampai lg. Kalau aku ditakdirkan berkahwin satu hari nt, aku akan terima nye dgn hati yang terbuka. Sekiranya aku tidak kawin sampai bila-bila pun aku masih terima dengan hati terbuka dan menganggapnye ini semua ketentuan ilahi.


        

Wednesday, October 19, 2011

Segmen:Jom Join Bloglist Asrirayrock 2011



Jom kawan-kawan kt join blog brother ENCIK ASRI

memori daun pisang...



         Masa tengah godek-godek pc tetiba terjumpa pic masa muda-muda dulu...pic-pic nih buat aku teringt kan dia. Dia mmg baik tp d sebabkan dia bukan jodoh aku, so kt org pun break off. Masa mula-mula tu agak susah gak nak terima kenyataan yg kami dah tak bersama. Mana taknye. Dulu ms masih jd pasangan kekasih, boleh di katakan kt org ni mcm belangkas. Sehari 3 kali dia akan datang jumpa aku. Pg breakfast sama-sama, lunch sama-sama and diner pun sama-sama gak. Sampai kdg-kdg tu aku dah rasa jemu nak kuar dgn dia. bila dia ajak jumpa, aku ckp penat. Yeala...dah 3 kali sehari..tiap-tiap hari lak..Mau tak cemuh? gila ah..

         Dia seorang lelaki yang baik, hormat org dan pandai amk hati. Semua kawan2 aku yg kenal dia pasti suka kat dia. Sebab dia ni kelakar org nye. Dia bkn saja bf pada aku. Kdg-kdg dia berperanan sbg kawan baik and abg. Selalu nasihatkan aku. Bagi semangat untuk terus berjaya. Dia la semangat idup aku dulu. Namun kini dia dah tara..tara..tara...hukhukhuk...Sedih gak bila kenangkan dia. Dulu aku tak pernah rasa sunyi sebab hari-hari aku terluang dgn dia. Bila bosan kt org akan g tgk movie and main snooker.

        Since dah break dgn dia, ada gak la aku kwn dgn lelaki lain. Tp dorang semua membosankan aku jer. Sgt Jelek mereka itu..buat aku rasa bosan and nyampah jer.












 

Wednesday, October 12, 2011

sUPerMak!!!!!!!!!!!!!!!

         fuhhhh...bila sembang dengan supermak nih memang tak sedar. Rupa-rupanya dah dekat sejam dok bergosip dengan bonda kesayanganku td. Macam-macam dia citer. Dariapda citer pasal cousin aku, pasal nenek aku, pasal kain, pasal baju, pasal kerja, pasal belajar and berpasal-pasal lagi lah. Memang kalau col bonda kesayangan mesti berjam-jam. Every month bil telepon aku spend untuk col bonda kesayangan jer. Dari dulu, kini dan selama-lamanya. Nak-nak kalau dia buka citer pasal kawan-kawan yoga dia tuh...hikhikhik. kalau korang nak tau, bonda aku nih memang aktif beryoga dan bersenam. Setiap hari dia akan pergi ke taman dkt umah aku untuk excersice and beryoga. Bonda aku nih peramah orang nye. Periang, baik dan tak pernah bermasam muka atau menyibuk hal orang. Tu pasal semua org suka dia. Lagipun mama jenis yang ceria. Berkawan tak pilih bulu.

       Kadang-kadang aku jeles manja dengan bonda aku nih. Mana tak nye. semua orang cakap "Mama kurus tapi anak gemuk"...haishhhh...memang nak kena nih. Tapi tu lah kenyataan nye. Bonda aku nih suka menjaga kecantikan bak kata org kelantan "JANGOK". Malam-malam sebelum tido mesti sapu cream kat muka. Makan pun cket-cket jer. Katanya kena jaga badan takit gemuk. Tp aku nih?????...asal boleh jer semua nak sebat..hahaha..tp skrg nih aku pun dlm proses diet. Nak challenge mama katakan....dah semua orang ckp mama nampak muda. Mana boleh mcm tu..hikhikhik




nasik oh nasik...

   Ari ni masuk hari ke 10 aku tak makan nasik. Sekadar mampu pandang-pandang dan jeling-jeling jer. Kenapa aku tak makan nasik? Nasik kan cedap. Cedap amat gtu. Sebab nasik cedap la aku tak makan nasik yea kawan-kawan. Aku nih konon nye berangan nak kurus. Yea la. Tahun ni (2011) aku takder azam pun. Tp tahun depan aku dah pasang azam siap-siap dah. Aku nak kurus sebelum Jun 2012. Yeaaaahhhhahahahhhaaa..Berjaya ke aku? Kita tunggu dan lihat. Hahahaa..

   10 ari tak makan nasik berat aku turun hanya 1.2 kg. Korang rasa dapat tak aku turunkan berat badan ini sebanyak 15 kg sebelum Jun 2012? Insa'allah kalau aku nih cekal dan berusaha dengan gigih kan? Yea la, kalau nak apa-apa, mesti la kita kena berusaha. Sama gak kalau kita nak makan nasik kita kena g amik sendiri dlm puyok kan? Takder maknanya nasik nak dtg jalan-jalan itik tersengih-sengih depan kt suruh makan dia kan? Hahahaha..

    Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku nak kurus sebelum Jun 2012? Adakah sebab aku nak berkawin? bertunang? bersatu? berdua? atau pun ber..ber..yang lain. Jawapan nye ialah.......suka ati aku la nak kurus or diet bila pun. Hakhakhak..keji tul perangai mcm tu kan? Actly aku nak kurus sebab badan ni dah rasa gemok sangat. Susah nak beli baju. Nak jalan pun susah. Senang citer kurus nih untuk kesihatan la. Bukan sebab apa-apa pun. hehehehehe...sekian


*****tu jer yang aku mampu tulis*****

Monday, October 10, 2011

my superhero


             Ini la superhero saya. Handsome tak? ABAH adalah segala-galanya bg saya. Dialah penyelamat utama saya dan sentiasa bersama saya time susah. Kasih sayang ABAH tiada ternilai tingginya. Sanggup bersusah dan berkorban mencari rezeki untuk memastikan anak-anak nye hidup dengan selesa. Saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai anak ABAH. Terima kasih diatas segala pengorbanan ABAH dan saya akan kenang sampai bila-bila. ABAH adalah superhero kami adik beradik. Kami sayang ABAH lebih dari segala galanya...yeahhhhh...idup ABAH...dulu kini dan selamanya....hikhikhik

Friday, October 7, 2011

Kata-kata Profesor Ungku Aziz....

Kata-kata Profesor Ungku Aziz....



        Agak-agak nye kita berada dlm kumpulan mana ek? Sendiri mau hengat....

love in vietnam

Welcome to Ho Chi Minh City


       Just arrived

                                               
 apa ntah nama tempat ni..aku pun tak ingt



 teman percutian aku, kak emy dan kak mun-mun




ni rumah org vietnam..slim jer rumah ni



penjualan helmet berleluasa


delta






        sungai mekong

menyusuri sungai mekong






kesesakan d vietnam..sesak dgn motor jer. nampak cam semut

hAri buDget

          Dah seminggu org gomen dok kecoh pasal budget. Masing-masing tak sabar nak dgr apa yg Abg Jib nak bagi kat penjawat awam nih. Aku pun teruja gak nak dgr sebab aku nih pun penjawat awam. 

si dia

          Setelah 10 tahun terpisah tanpa sebarang khabar berita, akhirnya dia muncul kembali dalam hidup aku. Bukan sebagai kekasih hati cuma sekadar teman biasa. Awal tahun 2011 aku menerima satu request untuk jd friends dalam Facebook. Memang terperanjat tiba-tiba aku tgk dia yg add aku. Masa tu macam-macam perasaan yg timbul. Takut, gembira, risau, terharu dan macam-macam perasaan ada. Memandangkan aku nih gedik dan nak gak tau perkembangan terbaru pasal dia, aku pun approve friend request dr dia.

       Dia yang aku maksudkan ni ialah buah hati aku masa belajar di Sekolah Menengah Ismail Petra. Memang dia lebih muda dari aku tp dia seorang yang matang, baik dan hormat org. Dia ni bukan jenis kaki gaduh tp aku pelik kenapa budak-budak sekolah aku dulu suka cari pasal dgn dia especially yg sama batch dgn aku. Ada kwn-kwn aku ckp sebab dorang jeles dgn si dia nih. Mana tak nye. Dia kan bercinta dgn senior. Memang bengang la gamak nye org lain.

      Macam mana aku boleh sangkut dgn dia? Citer nye macam nih. Dia nih aktif Persatuan Kadet Polis dan selalu training kawat di padang sebelah makmal biologi. So bila time aku kena masuk lab, aku selalu dok kat tingkap kelas aku tu bersama rakan-rakan dok kacau budak-budak kadet polis ni training kawat (actly nak kacau kwn kelas aku yg tgh training). Sebelum ni aku tak pernah pun perasan dia. Tapi ada satu hari tu, kawan aku ckp ada org kirim salam and dia minat aku. So dengan bingung-bingung aku tanya sapa dia? Tp masa tu kawan aku tak gtau pun sapa. Aku ingt dia saja tipu aku. So aku just forget it.

        Sehingga la satu hari tu masa aku tgh lepak kat bilik PRS, member aku dtg gtau ada org nak jumpa. So aku pun gi la tgk sapa yg nak jumpa aku tuh. Masa tu aku tak terperanjat pun. Cuma mcm terdetik dlm ati jer " laa...budak hingusan ni rupanya..ingt senior mana lak"..hikhikhik...aku ingt kan senior mana yg admire aku rupa-rupanya junior aku. Masa tu muka dia mcm malu-malu jer. Tetiba...kringgggggggggg...menandakan tamat nye waktu persekolahan. Sebagai seorang yg menepati masa, mesti la aku nak balik cepat-cepat kan? hikhikhik. Masa tu aku gtau dia aku dah nak balik tp dia dgn malu-malu ckp kat aku "mintak no phone boleh?"...OMG..OMG..berani nye budak kecik ni nak ngorat aku. Lepas kejadian d depan bilik PRS tu, kt org secara rasmi nye menjadi pasangan kekasih..

           Saat bercinta dgn dia mmg cukup indah. Rasa macam dalam heaven gtu. hahahaa..Mana tak nye. dia layan aku macam princess. Apa yang aku nak semua dia bagi. Tak pernah marah aku, tak pernah sakitkan hati aku, tak pernah curang. So aku tak perlu nak mgrain pikir pasal dia. Dia memang pandai jaga diri. Kemana saja mesti kami berdua. Sampaikan satu sekolah kecoh psl kami. Masa tu aku la manusia paling famous abad itu (poyo jerk)...mana tak nye. cikgu-cikgu pun tau psl hubungan kami nih...hohohohoho

           Tapi sayang...sebab hubungan kami tak berakhir dgn baik. Semua nye berpunca dari aku. Bila dah dpt sambung belajar di IPTA, aku mula melupakan dia. Dan aku pun mintak putus sedangkan tiada masalah pun dalam hubungan kami. Aku tau tindakan aku itu akan melukakan hati dia. Tp sebagai manusia yang tak reti bersyukur, aku tetap dgn keputusan aku untuk 'break off'. Dan skrg ni padan muka aku dok jeles sorang-sorang bila baca facebook dia sebab dia dah ada gf dan aku tau betapa beruntung nye sapa jadi gf dia tu..huhuhuhuh


    

Thursday, October 6, 2011

KUMPULAN MANUSIA MAHU KURUS

           Tertarik dgn satu kumpulan di FB iaitu kumpulan Manusia Mahu Kurus. Kumpulan ni d tubuhkan utk mencabar perempuan2 gemok mcm aku untuk berdiet kurangkan 5 kg dlm sebulan. Aku d perkenalkan dgn kumpulan ini oleh opismate aku iaitu FIDA. dia mengajak aku join group ni seems kt org bercita2 nak kurus la kan. Syarat-syarat untuk join group manusia mahu kurus lebih kurang mcm ni la :

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih

            Agak bercinta gak la masa mula2 tu. Yea la semua yg tertera di atas adalah feberet aku. Nak2 nasi kan. Tp alhamdulillah masuk hari ni dah 4 hari aku tak makan nasi + tak makan malam. Smlm timbang berat aku baru turun 0.1 kg..haishhhh..kena usaha lagi la nampak nye. 

Wednesday, October 5, 2011

OH BUDAK ITAM LEGAM

            Budak itam. gelaran kpd ex bf aku ms tgh hangit bercinta. bkn niat nak mengutuk atau menjatuhkan sapa2 cuma nak kongsi cerita dgn kwn2 yg sudi baca blog aku ni. Citer nye mcm nih, aku kwn dgn dia tak sampai sebulan terus plan nak kawin. sebab aku percaya yg kalau dah jodoh, kenal kejap pun terus kawin dan hidup bahagia. pastu dia pun bwk aku jmpa family dia. lagi la aku rasa berbunga-bunga sebab dia mcm ikhlas jerk kan? pastu turn aku lak bwk dia jmpa family aku..abah aku nih bukan main getik la suka kat dia sebab baik + sopan santun + pendiam = ala2 hormat org tua gtu..nampak pun mcm alim kan. tp from d 1st lg mama aku  tak suka dia. ms aku aku ckp nak kawin dgn dia, mama tentang abis2. katanya mampu ke dia nak sara aku nt? mmg marah giler la aku kat mama time tu. konon nye mama saja jeles dgn aku..(mcm la mama nak jeles dgn aku kan? apa lebih nye dia dr abah aku? habuk pun tarak). pastu aku ngadu kat abah ckp mama tak suka sebab masa tu mama dah ada calon. 54 gtu..hikhikhik. tp abah tetap sokong aku. sebab abah nak sgt aku kawin. katanya kalau apa2 jd kat dia atleast aku ni ada org jaga (i love u abah). so mama tak boleh ckp apa hanya berdiam diri jerk.


          Pada mula nye semua berjalan ikut perancangan. Konon nya aku nak tunang raya puasa ari tu dan kawin akhir thn nih (dah agtal sgt ke apa aku nih). tp mama tak setuju (smmg nye mama tak setuju dgn pilihan aku) katanya tiem tu banjir la, kakak nak bersalin la, so aku pun akur dgn kata-kata mama tu. yea la, dia kan tak suka aku kawin dgn budak itam tu atleast aku dgr la ckp dia kali ni. so kami pun ubah plan. tunang januari 2012 (raya cina) dan kawin akhir bln april 2012. Apa lagi..gedik-gedik la aku nak kawin. 


Tiab-tiba.......semua nya berubah. mimpi ngeri kembali (ewahhhh). Lama-lama dia menunjukkan belang nya. kuar semua perangai dia yg sebenar...ermmmm..aku hanya boleh katakan, indah kabar dari rupa. Mcm tu lah perumpamaan nye. Langit yg disangkakan cerah tetiba jer jadi mendung. Adakalanya ribut petir and hujan lebat gtu....hakahakhak..

          Lama kelamaan, aku pun rasa rimas dan lemas (mcm lagu ruffedge) dgn sikap dia yang "terlalu alim" tu. Demi mencari jawapan terhadap kelemasan dan kerimasan aku itu, aku telah mengambil peluang untuk diberikan petunjuk semasa Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan aku berdoa agar allah berikan aku petunjuk dan akhirnya aku mula rasakan yg hati aku jauh utk dia. mcm dia tak wujud jer dlm hati aku dan pada hari raya puasa, aku beritahu abah yg aku tak rasa dia jodoh aku dan aku tak nak kawin dgn dia. Terkejut beruk abah dgr aku ckp mcm tu. Abah dan mama sibuk dok tanya aku knpa tp aku tetap mengunci mulut sebab aku tak nak abah and mama benci kan dia. dah la mama mmg sedia tak suka dia. 


          Lepas blk dari cuti raya, aku rasakan makin lama makin jauh dr dia. Tp aku tak tau mcm mana nak gtau. So aku cuma bersabar dan percaya pasti ada penyelesaiannya. Tp tetiba jer aku dpt citer dr kwn-kwn aku yg dia nih dok msg2 kat kawan aku. WAT THE FISH? mmg aku ngamok gilos ar..ngamok bkn jeles tp rasa mcm "eh, dia nih xsedar diri ke?" tp pd masa yg sama aku happy gak sebab lagi kuat la rasa aku nak putus dgn dia. so dua hari lepas aku buat keputusan yg aku dgn dia nih sesuai berkawan jer...fuhhh..lega..


Aku sikit pun tak nyesal putus dgn dia. malah bersyukur sangat-sanagt. Aku rasa kalau aku kawin dgn dia, mesti aku sengsara. dah la jenis tak nak berusaha. harapkan aku jer..mana boleh. Aku nih girl bkn nye lelaki nak kena berusaha utk sara ko...Gila ah..


           Skrg ni bila aku pikir balik, mmg patut la mama tak setuju aku dgn dia. Bkn nak menghina atau merendahkan dia. Tp dia tu tak sedar diri. Sepanjang Aku dgn dia, aku tak pernah pun susah kan dia. Tp kalau dah jenis GATAL tu mmg cam ni lah..Ada hati nak tackle kawan-kawan aku. Mcm la dorang hingin dgn ko tu.....So skrg ni, aku dah single. kalau aku nak cari calon, aku akan ingt kata-kata mama nih " kalau nak kawin, kena cari org yg boleh bg kesenangan lebih atau sama dr abah bg kat awk."..Alamk aiii..dah lapaq banget nih. so aku nak blah g makan la. Pesanan kpd budak itam (kot terbaca blog aku ni)....lain kali, sedar la diri. belajar utk rasa bersyukur dan berterima kasih okies?...ko ingt aku heran ke ko nak gatal dgn perempuan lain? ko ingt aku heran ke kalau ko tak der dlm idup aku?

muhasabah diri

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

gile blog..

hakhakhak...ari nih aku agak giler berblog. maklumla. baru pandai masuk pic dlm blog. hehehehee..actly xder apa pun yg nak diceritakan kat sini. cuma aku nak upload pic family aku bnyk2 kasi muntah..enjoyyyyy!!!!!!

















 maap sbab xleh nak upload pic manyak-manyak sebab hang..nt la kalau line tenet dah ok sy upload manyak-manayk gtu...                                         

kasih mama & abah

syukur kehadrat ilahi kerana aku di kurniakan keluarga yang sentiasa berada disisi disaat aku berduka dan bersedih. mama dan abah adalah org pertama yang akan menghulurkan tangan disaat aku terjatuh. tapi pernahkah aku ingt akan mereka disaat aku bergumbira? aku sentiasa melukakan hati mama and abah tp mereka tidak pernah berdendam dgn aku walau sekali. sesungguh nya kasih mama dan abah tidak pernah padam dan luntur. sungguh bertuah aku menajdi anak meraka.