Followers

Thursday, May 31, 2012

pesanan kepada kaum sejenis a.k.a hawa

assalamualaikum..

kak diva just nak pesan kepada kawan2 kaum hawa ni..especialy yg dah kawin. jaga la rumah tangga baik2..walau buruk macam mana suami kt pun, kt kena bersyukur sebab tu pilihan kt (bg yg berkawin atas dasar cinta + suka sama suka okehh). terima setiap kekurangan nye kerana kt pun ada kekurangan..yang paling penting, pilih la lelaki yg jaga solat kerana solat tu tiang agama..

kebanyakan punca keretakan rumah tangga or tak harmoni disebabkan suami isteri tak solat..kak diva bukan nak tunjuk baik or alim..tp kak diva belajar dr pengalaman..alhamdulillah pengalaman lalu banyak mengajar kak diva erti kehidupan..kalau kt ingt DIA, DIA pun akan ingt kt...jahat mana pun kt, tp bila kt kembali ke pangkal jalan and bertaubat, insa'allah DIA pasti akan menerima kt..janji kt ikhlas..

pada kawan2 yg masih mencari a.k.a blom kawin, jgn sesekali mencari cinta atau bf..cari lah suami yg boleh membimbing kt..mama kak diva slalu ckp..apa yg kt buat, kena besertakan niat..niat nye mesti la kerana allah..sama juga bila nak kawin..niat kt berkawin kerana allah..insa'allah kt akan mendapat keberkatan.



nota :

seorang kenalan lelaki pernah gtau kak diva..katanya, perempuan gedik ni stock utk geli2 jer..kalau nak kawin, lelaki akan pilih perempuan yg ada otak...

sedangkan lelaki yg gtau kak diva tu punya la jahat..tp tetap nak cari perempuan baik. so pk2 la sendiri kat mana diri kt berada?

bini orang VS laki orang

assalamualaikum....

OMG..tak kasar nye tajuk entry nih..hermmm..1st skali kak diva nak mtk maaf dgn smua pembaca atau sapa2 saja yg mungkin akan terasa dgn entry ni..tiada niat utk menyinggung perasaan sesapa pun. sekadar nak kongsi cerita dgn kwn2 je okeh????

cerita nye mcm ni..kak diva ada kenal sorang lelaki ni..bajet palyboy katanya..huhhhh..tak sesuaaiiii (sambil melentik kan jari jemari)...si lelaki yg bernama Mr X (bukan nama sebenar) ni teramat la poyo + penipu + sengkek + tak sedar diri + tak tau untung + jahat and ++++ lagi lah..kak diva mmg benci org mcm ni..jenis org yg tak tau di untung..hidup dah la menumpang isteri (rujukan : rakan2 rapat MR X)..yg paling buat kak diva benci dan menyampah ni bila dia dok buruk2 kan isteri dia..bg kak diva la kan, kalau ko nak menggatal, tak payah la nak buruk2 kan wife sendiri utk tarik perhatian..tu tektik lama bro..huh..Mr X ni mula nya nak mengayat kak diva (cite betul nih..sumpah tak tipu..hehehe) dia bajet kak diva ni sama dgn mangsa2 dia yg lain kot..yang boleh makan + ludah2 + jilat gtu..sori okehh..i bkn sebodoh itu...

saru hari, Mr X ni ada ckp kat kak diva.."FYI, i ni ramai gf..nak buat mcm mana org handsome, ramai la perempuan nak..u jgn jeles lak kalau gf2 i post kat fb"...wowwww...berani mati stament dia kan? muntah ijau kak diva selepas dgr statment xleh blah dr mamat perasan nih..dlm hati kak diva terdetik..ada gak org lelaki mcm ni eh? dah la tua..tp perangai mcm budak2..tak matang..hohohoh...STUPID...tp kak diva ni jenis yg kalau org tu perasan or suka up, kak diva lagi suka cucuk2..saja nak bg dia lg perasan..OMG..(semoga tuhan ampunkan dosa kak diva)...so kak diva pun lagi la buat2 cucuk ckp dia hebat smpai perempuan dok berebut..lagi la mamat ni perasan..

nak d jadikan cerita, satu hari tu kak diva buka fb dia..FYI, kak diva ada email and pasword fb dia okeh..so kak diva tergerak hati nak tgk PM dia..(hermmm...dah dua kali kak diva berdosa)..bukan nye apa..kak diva suka selidik sesuatu benda..yea la..kak diva kan dah dewasa..mesti la kak diva kena selidik dulu..so kak diva baca smua PM dia..OMG...OMG...mmg kak diva terkejut..ayat yg sama dia mengayat kak diva + cerita sedih psl dia dgn wife dia + cerita kawin..smua sama u olls..smua perempuan yg dia kenal dlm tu dia ajak kawin..terkejut kak diva..terkejut sebab nye xpernah jmpa lelaki sejahat itu..

mesti korang tertanya tanya kenapa kak diva tgk PM dia kan? sebab nye kak diva pelik tgk wall dia..itu yg buat kak diva tergerak hati nak baca..boleh d katakan majoriti perempuan yg dia kenal, dia akan "makan"..korang paham kan maksud kak diva "makan" tu apa?..guddd... ada satu msg ni dia chat dgn Mrs Y (bukan nama sebenar)..Mrs Y ni kak diva xkenal sebab tak pernah jmpa tp Mrs Y ni agak hot gak la dlm fb dia..tp dia gtau kak diva Mrs Y ni kwn baik dia..xlebih dr tu..kak diva pernah tnya dia ada lebih2 tak? sebab dr awl kak diva kenal dia, kak diva dah boleh baca dia mcm mana..walau pun tak baik utk berburuk sangka, tp kt kena buruk sangka gak kan? utk keselamatan..hahaha

so apa yg mengejutkan kak diva ialah, Mrs Y ni dah kawin.dah ada nak pun. Apa yg buat kak diva sedih bila dok baca statment si betina tu..dia dok ckp husband dia xbuat dia gembira. padahal husband dia bg apa je yg dia nak..apa lagi yg ko nak wahai betina? (errkk...geram lak aku rasa macam nak hempok2 jer pc nih..nasib je hak milik kerajaan). bagi kak diva la kan, ko patut bersyukur sebab ada org nak kawin dgn ko and sanggup jaga ko. siap bg kemewahan lg..yg ko dok kejar2 jantan bodoh ni buat apa? tak de apa pun..duit pun tarak..sedar tak yg jantan tu nak &*%^* ko je?

korang paham tak cite kak diva ni? errrkkk..kak diva pun dah xreti nak wat ayat mcm mana..pandai2 la korang paham sendiri....hahahaha...pening dah aku nak taip nih