Followers

Monday, March 10, 2014

I'am 30 Years Old


Bismillahirahmanirahim..

Syukur kehadrat ilahi, hari ni 10 March 2014 genap lah usia aku yang ke 30 tahun. Alhamdulillah diberikan peluang untuk terus bernafas dan menikmati hidup yang penuh cabaran ini. Terima kasih allah. 

Terima kasih juga diucapkan kepada bonda tercinta coz bersusah payah melahirkan aku pada tarikh ini 30 tahun yang lepas. Terima kasih sebab fully breast feed anak mu yang paling noti ini sehingga berusia 4 tahun kau..hahaha..giler tak hingat. patut la aku membersar bagaikan juara. ecehhh..pengorbanan bonda tiada tandingan..i love u mama. Tak lupa juga kepada ayahnda tersayang diatas perit jerih memerah keringat mencari rezeki untuk menyara dan memastikan aku mendapat pendidikan serta didikan agama yang secukup nye. Terima kasih abah. Sesungguh nye setiap titik keringat ayahnda tak dapat anaknda ganti dengan wang ringgit. i love u abah. 

Kepada kakak, abang dan adik-adik terima kasih kerana sudi menjadi teman, rakan, musuh dan kekadang korang jadi cikgu ajar aku buat benda bukan-bukan..kehkehkeh..terima kasih sangat-sangat buat hidup aku riuh rendah. hahaha..korang la kakak, abang dan juga adik ter 'best' di dunia. agagaggaa...i love u sisterhood and brotherhood.

Tidak ketinggalan BFF dan kawan-kawan yang sudi menerima diri ini seadanya dan sudi berkawan dengan aku. Wahh..dah macam ucapan dapat oscar nih. 

Actly aku rasa sangat teruja hari ni sebab aku tak pernah terpikir aku diberikan peluang untuk bernafas dibumi allah sehingga hari ini. Terima kasih sekali lagi ya allah. 

Sempena ulang tahun kelahiran aku ini, aku berharap agar aku diberikan kesihatan yang baik,  umur yang panjang dan dimurahkan rezeki agar aku dapat berbakti kepada kedua orang tuaku dan dapat berbakti kepada agama dan juga bangsa. 

Jika aku melakukan kesilapan, itu adalah kerana kesilapan diri ku sendiri. Ibu dan ayah telah memberi didikan agama yang cukup kepadaku. So u have no right to put the blame on them.

SEKIAN




Thursday, March 6, 2014

SENAMAN PAGI


Giler ko tajuk entry tak hingat gtuew...

Sebenarnya bermula semalam aku berazam untuk menjaga kesihatan (konon). Maklum la, umur dah bertambah kan? dah nak masuk 3 series. Minggu depan genap la usia aku 30 tahun..homaigadddd..scary sangat okeh? Walaupun orang cakap wanita paling cantik masa umur 31, tapi aku memang tak leh nak terima kenyataan tu. Rasa macam aku ni dah tua krepot macam nenek tua si bongkok tiga gtuew...auwwww

So di pendekkan cerita, pagi tadi aku pun start la excercise dengan menaiki tangga ke opis. Lif-lif tak main dah okeh? Lepas ni semua nye dengan tangga je. Takde naik lif dah. Untuk pengetahuan korang, opis aku ni di tingkat 5. So pagi tadi bermula la episod sadis aku naik tangga menapak ke opis aku tu. Mula-mula rasa cam..alaaa..tingkat 5 je. pejam mata je nih. Memang ai is bersemangat uolls..Tapi bila dah sampai ke tingkat 3, lutut aku dah start gigil. Time tu rasa cam nak merangkak je naik opis.. Penat giler uolls..Nafas pun sangkut-sangkut. Maklum la, dah lama tak excercise dan badan pun makin naik. Mana tak nye, hari2 aku makan nasik. Bukan sekali tapi dua kali okeh? Pagi ni pun aku dah bantai nasi. Elok sampai je aku makan nasi. hahahaha..kalau nak kurus tu memang tak kan la kot. Tapi tujuan aku bukan untuk kurus. Kalau kurus tu dikira bonus la kan? Tapi untuk kesihatan. Tu jea. hehehe..bye

Tuesday, March 4, 2014

NO POINT


hey uolls..saja je iolls menghupdate blog ni. Walaupun takdak isi yang berguna tapi iolls tetap nak hupdate. Maklumla, pagi-pagi hari lagi aku dah melantak nasik. Nasik sangat bermakna dalam hidup ku. Dulu aku boleh je tak makan nasi berhari-hari. Kadang-kadang berminggu pun takpe. Sebab aku tak gemar sangat nasik. Aku lebih cenderung makan pasta or roti. Ai is Minah Saleh gteuww...Tapi sejak dah berumur ni hidup aku dah berubah (ecehhh..skema gilas ayat) aku lebih suka makan nasi. Adakala nya aku makan nasik sampai 3 kali sehari. Hebat tak aku? Dan kini aku sedang membesar bagaikan juara (sangat poyo)...sehari aku tak makan nasik boleh buat aku rasa nak pitam dan giler. Semua organ dalam aku tak berfungsi..hahahaa..lempang baru tau. Tu je aku nak cite. i love nasik..ekekeke

**tak sabar nak tgu bulan Disember..yihuuu