Followers

Thursday, February 27, 2014

PAKCIK SERBA BOLEH DI SENTOSA REGENCY HOTEL


Sebenarnya aku baru balik dari kursus di Kedah selama 3 hari 2 malam. perghhh..dah macam percutian gitu. Maklumla, bila dah duduk kat unit latihan ni banyak je outstation. Tapi iolls suka je uolls....tak payah dok opis ngadap pc kan? Boleh kerja sambil makan hangin gtu..eh?? makan hangin ke makan angin? agagaga...sewel.

Kalau uolls nak tau, iolls duduk kat Hotel Sentosa Regency, Alor Setar..euwww..not suggestion uolls...hotel lama. Kotor okieh? Boleh lak malam tu masa dalam kelas tikus main nyorok2 dengan iolls..jap-jap dia datang, jap-jap dia lari..ehhh..rasa nak pok je tikus ni. Dewan pun agak buruk. Tapi bab makanan sedap. Pastu tak kedekut makanan. Makan heavy gtuew...iolls punya baju pun rasa cam dah nak merekah ni. ekekekee...g outstation asik makan je koje nye..6 kali sehari uolls..ko hado? memang aku ni macam menternak je kan?

Apa yang aku nak cerita sebenarnya pasal sorang pakcik ni. Dia keja kat hotel Sentosa Regency tu. Pakcik ni keja dia sebagai security kot kalau tak silap aku. Masa mula-mula aku sampai tu, aku gtau receptionist supaya panggil bell boy angkat beg aku. Pastu receptionist tu panggil pakcik tu suruh tolong angkat beg. 

Tengahari tu aku turun ke lobi sebab nak g lunch. Skali aku tengok pakcik tu dok mop lantai..dah jadi cleaner lak pakcik tu. ekekeke.. Pastu esok nye aku hantar baju ke dobi. Skali pakcik tu g hantar baju kat bilik aku. Dah jadi room service.. Ntah-ntah pakcik tu gak yang masak. Dah jadi tukang masak lak.. Memang aku respect sangat pakcik tu. Serba boleh. tapi sedih pun ada gak tengok dia. Dah tua kan? Apa-apa pun aku wish semoga pakcik tu sentiasa di berikan kesihatan yang baik dan diberkati. Amin..

Friday, February 21, 2014

CORET-CORET PAGI JUMAAT

Assalamualaikum uolls..

Alim cket hari ni sebab hari jumaat. heheh

Sebenarnya hari ni aku nak ceritakan pasal pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden sebab pukul anak. Bagi aku la kan, mak ayah berhak pukul anak untuk tujuan mendidik anak-anak. Macam dorang tu kan, mesti la dia pukul anak dia sebab tak solat. Memang berhak sangat sebab nak beri didikan agama kat anak dia kan? Tapi anak dia tu over sangat. Geram lak aku kat anak-anak dia tu.

Pagi ni lak aku baca dalam berita harian (BH) keterangan dari anak dia yang di pukul tu. Dia walaupun cara dia ckp tu menunjuk kan mcm dia tak salah tp mak dia pukul gak dia. Bagi aku la kan, mana ada mak ayah pukul anak tanpa salah. Mesti ada buat salah tu. Dari keterangan dia pun boleh nampak sebenarnya yang dia salah. Sebab dia ckp dia pasang muzik. Tapi mak dia pukul sebab suruh dia buat homework. Aku rasa budak ni degil. Pasang muzik kuat-kuat pastu mak dia marah la. Ofcoz la mak dia nak suruh dia belajar rajin-rajin supaya jadi manusia. Ishkk..anak-anak sekarang ni memang bahaya sangat. Mak bapak sendiri pun dia boleh nak jadikan musuh. Aku mmg geram sangat kat budak tu. Kalau jumpa rasa cam nak luku je kepala. Bukan apa, aku kesian kat Mak dia yg dipenjarakan di sana. Yea la, di penjara kan di negara orang bukan negara islam nak tu. Ntah apa dibuat nye pun kt tak tahu kan? kalau bapak dia tu ok cket la sebab bapak dia lelaki. Ni aku kesian kat mak dia. Macam mana nak survive kat sana. Sedih pun ada. Aku kalau sebut pasal kes tu, memang aku rasa geram nak luku kepala anak-anak dia tu.

Dalam keterangan tu si Ammar (budak yg kena pukul) cakap kakak dia dulu pun selalu kena pukul. Tapi sekarang ni kakak dia dah besar umur 13 so tak kena dah. Kiranya skrg ni dia la jadi mangsa lak. Hello...dah kakak ko tu kan dah besar. Mesti la perangai pun berbeza dengan ko. Mayb kakak dia dah matang dengar cakap sebab tu tak kena pukul. Mcm si Ammar tu kan, dia dah la lelaki. Paham-paham la anak lelaki mcm mana kan? Nakal dia tuhan je yang tahu.

Aku masa kecik dulu pun slalu je mak aku pukul. Pernah kurung kat luar sebab gaduh dengan adik beradik. Tapi tu semua sebagai pengajaran la. Mak ayah aku pukul aku bersebab. Dan aku berterima kasih kat mak ayah aku coz pukul aku masa kecik dan marah bila aku buat salah. Itu semua pengajaran yang sangat bermakna bagi aku. Sebab tu la sekarang ni aku jadi manusia. Agak nye kalau mak ayah aku tak pukul aku bila aku buat salah, ntah apa aku jadi skrg ni kan? Mayb jadi sampah masyarakat.

Dalam adik beradik, aku dengan abang yang selalu kena pukul. Sebab kami ni memang nakal giler. Abang aku tu lagi la...anak lelaki katanya. Naik motor curi-curi gi kat jalan besar. Skali bapak aku nampak, siap kena ikat kat tiang umah pastu kena rotan. Sebab apa ayah aku buat tu semua? sebab nak suruh dia paham betapa bahaya nye naik motor nih. Bapak aku mmg tak bagi anak-anak dia naik motor. Sebab tu la dia jual motor harley davidson dia. Sebab tak nak bahayakan nyawa abang aku. Abang aku ni degil orang nye. Ayah aku cakap boleh naik motor tu tapi pusing-pusing kat umah je. Tapi dia naik sampai ke jalan besar tu..haaa..ambik ko kena rotan..hehehe..bila abg aku bercampur dan berkawan dengan bebudak kaki hidu gam, ayah aku marah dan larang tapi dia degil gak. So ayah aku rotan dia. Tapi tu semua bersebab. Sebab tak nak abang aku jadi macam dorang. Tengok bila dah besar ni abang aku jadi mcm mana? Dah jadi kebanggaan mak ayah. Jadi orang berguna dan berjaya dalam hidup. Sapa sangka? Dengan skolah nye malas tapi keja elok. Hidup senang. Berjasa pada mak ayah. Itu la sebab anak-anak kena marah kalau dorang buat salah. Supaya mereka jadi orang yang berguna.

Aku dulu pun sama. Mak aku rotan aku sebab aku malas blajar. Mak aku suruh aku buat homework and study tapi aku dok tulis surat cinta. Dok tulis lirik-lirik lagu...hahahha...pastu gaduh dengan adik-beradik aku. Aku ni jeni yg suka sakat orang. Selagi adik dgn kakak aku tak nangis, tak marah, selagi tu aku dok sakat. Skali adik aku nangis, bapak aku kurung aku luar rumah. Hahahha..padan muka aku. Mmg masa kena marah and kena pukul tu aku bengang je dengan mak ayah aku. Siap rasa nak lari dari rumah je. Tapi bila aku pikir balik sekarang ni, aku bersyukur sangat sebab tanpa mereka aku mesti tak jadi macam hari ni. Agak-agak nye kalau dorang tak marah dan pukul aku mesti aku dah tak keja macam ni. Atleast walaupun aku tak menjawat jawatan sebagai pengarah tapi aku ada keja tetap dan ada pendidikan.  Aku bersyukur sangat. Terima kasih mama and abah sebab didik aku hingga berjaya.


So aku berharap semoga pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden tu akan dibebaskan secepat mungkin dan selamat. Semoga allah memberkati mereka. Dan kepada anak-anak mereka, jadikan ini sebagai pengajaran. Baru korang tahu betapa susuhnye hidup tanpa mak ayah. Walaupun mak ayah kt garang, tapi kasih sayang tetap ada. Berbeza dengan orang lain bukan darah daging kt. Jadikan ini sebagai pengajaran yea..

Sekian saja coretan dari saya. tata

Thursday, February 20, 2014

KEBAHAGIAAN ITU MILIK KITA

Hamboiii..tajuk tak nyempat. Mampus bantai gelak aku baca tajuk entry sendiri. auwww.. Sebenarnya kak non happy banget pagi nih. Elehhh..asal happy je nak up entry. asal up entry je nak ckp happy kan? EH? EH? suka hati aku la, dah nama nye blog aku kan? Nak happy ke, nak sedih ke aku punya pasal la...hoiiii...meroyan sendiri nampak? akakakka...kadang-kadang kak non merasa kan diri kak non macam saiko je. hahahaha...fedulikkk

Aku ni kadang-kadang tak paham gak dengan sikap aku sendiri. Korang nak tau kenapa? Sebab aku suka admire kat orang pastu bila orang yg aku admire tu dah tau, pastu tetiba je aku jd tak suka kat dia....kenapa eh? korang pun cam tu ke? or aku je yang macam tu? or aku ni ada sakit mental? huarghahahahaa...giler ah..

Hari ni aku nak cite pasal sorang mamat ni. Aku admire giler kat dia dari dulu lagi. Pastu tetiba je aku rasa cam nak mesej dia. So bila aku mesej, dia terus reply..OMGGG..adakah dia menantikan mesej dari ku? dushh dushh..(hantuk kepala ke meja)..Perasan sangat kak non nih...hahahah...Pastu kan, tu je yang kak non nak cite. byeeeee



Wednesday, February 19, 2014

Milo Panas + Roti Gardenia

Hey uolls..

Hari ni tetiba datang mood nak berblog kan? gtuewww...Pagi-pagi sampai opis aku dah bancuh milo pastu cicah dengan roti sambil layan lagu-lagu arab Amar Dhiab. Aku memamg minat giler dengan lagu-lagu Amar Dhiab ni. Walaupun aku tak paham sepatah harem pun, tp feeling gak sensorang. (hahahah saiko sangat kan?)

Orang cakap Mr Mack (exbf aku)  muka macam Amar Dhiab. Eh betul ke? Tapi Amar Dhiab tu handsome weh. Kalau dia ajak aku kawin kompem aku "YES" lelaju...(hahahhaha saiko lg). Bagi aku la kan, lagu-lagu arab ni macam manja-manja gteuw..Sebutan nye meleret-leret. Tu yang best dengar tu. Nt kalau korang free, boleh la google Amar Dhiab. Lagu fefulor nye ialah Tamalimaak (aku tak sure eja). Tapi aku paling suka lagu We Malo. Ntah apa maksud lagu tu pun aku tak tau. Usahkan maksud bait-bait lirik, tajuk pun aku tak tau maksud apa..tapi boleh lak feeling. (terserlah ke 'saiko'an aku).

Sambil dengar lagu arab sambil imbas balik kenangan dengan Mr Mack. Eh? dah macam giler talak aku nih. huhuhu..Apa-apa pun aku tetap sayang pada Mr Mack. Cuma untuk berpatah balik kepada nye, SORIIIII...aku tak berminat. hahahaha..saiko + giler talak = meroyan.  Fedulik apa aku. Ni kan blog aku. Suka ati aku la nak cakap apa pun kan? 

Tuesday, February 18, 2014

HOLIDAY TO HAT YAI (2013)

Hello u olls. Baru i perasan rupanya blom update lagi trip ke hat yai hari tu kan? Patut la rasa mcm pelik je. Ok uolls. I tengah busy so i citer ringkas-ringkas je tau?
Actly i g hat yai tahun lepas. Takde amik mana-mana agent or ikut mana-mana trip pun. Maklum la, i kan tour guide and doing travel agency sendiri. So sonang la nak gi mana-mana yea? Trip nye 2 hari 1 malam je. sebab tu pic tak banyak and time tu lak tengah rushing sebab masalah border pass lak. So pada hari yang di janji kan, kami pun bertolak ke hat yai dengan menaiki kereta api. Opss..lupa nak gtau. Iolss gi hat yai bertiga dengan my sister and 1 of my friend. 

So our journey bermula di KL Sentral dengan menaiki kereta api kami pergi ke Station KTM Arau. FYI ada direct from kl sentral ke hat yai. Tapi kt orang memilih untuk turun kat Arau sebab nak jumpa my BFF sat kat Perlis. So lepas lepak2 and makan dengan BFF dalam pukul 2 petang kami pun mula nak masuk ke Hat Yai melalui border Bukit Kayu Hitam, Kedah. Keadaan kat Bukit Kayu Hitam memang sesak giloss okies..my usggestion kalau nak msk dengan keta sila masuk pepagi buta. Kalau dah lewat mmg jem. Kt orang msk sana dengan teksi. Bayar RM 70 dia hantar sampai ke hotel kau..kerlazzz gtuew..dah la teksi dorang smua nye vios dengan honda. Memang sangat selesa. Driver nye fuyooo..handsome okehh? melting jap i dalam teksi tu. Tapi sayang nye tak pandai ckp melayu. English lagi la. Tq and Bye Bye je dia tau..mencikk..kalau tak i dah rembat buat laki. hahahhaa...(mcm desprate joo). 

Time tu dah sampai hotel malam dah. Kt orang dok kat Siam Central Hotel. Betul-betul kat bandar. So lepas check in kt orang mandi-mandi segar kan badan dulu. After that baru la kami kuar merayap di bandar tu. Mmg meroyan jap iolls tengak makanan kat sana. Korang jangan risau sebab makan kat sana senang je. Orang yang jual makanan halal pun bersepah. Restoran ada, gerai pun ada. Tinggal sediakan duit je. Tp kalau mkn kat restoran mahal la cket. Mlm tu kt orang makan kat Hamid Restoran. Memula iolss ingt kan restoran mamak. Maklum la jakun jap. Tapi rupanya mskan panas biasa. Harga sangat mahal tapi masakan dia mmg merletopsss uolls...makan sambil nangi ssebab sedap sangat. Eh dah penat la nak taip. Korang tengok je la photo ek? hahahaha.

ni dlm erl nak ke KL Sentral



ngada sangat dalam train nak makan megi..





ni stop kat butterworth jap tukar kepala train. dalam 30 minit gak la. So boleh la turun jap betulkan urat kaki..hehehehe


teruja sangat naik train. Maklum la tak pernah naik train kan? Walaupun mengambil masa berbelas jam tp enjoy gak la. skali skala ok la..sesuai utk backpackers.



kompius sat



pulut mangga









ni dim sum. halal. boleh makan sampai lebam. hehe


ni jualan tepi kaki lima. Makanan kering gtuew..hehehe


kalau rajin nt aku update HOLIDAY TO HAT YAI PART (2013) 2 ok? Sebab banyak lagi nak cite nih. Pengalaman g floating market blom cite. Nt yea. Skrg ni aku malas nak taip. byeee



BFF KE AUSTRALIA

Hello uolls.. dah lama rasanya  tak main tiap-taip ni. Maklum la wanita bekerjaya seperti diri ku ini, sentiasa tiada masa..hahaha..stoppp..tiada masa ke malas? hehehe..aku lebih suka membaca je dari menulis. Punya la pemalas katanya.

Sejak aku bertukar unit ni, masa aku lebih banyak kat luar dari di opis. Nampak nau bos benci aku kan? Sebab tu selalu hantar aku keluar..ekekkee..gurau je bos. jangan maree..

Ok hari ni aku nak up entry pasal BFF aku ni iaitu Faiza. Dia dapat sambung master kat University Of Adelaide...hebat yea ko beb? Aku gak la yg dok kat sini je. Setia menemani bos aku. eheheheh..Sebenarnya aku pun teringin nak sambung tapi tu la, aku malas nak study. Stakat g kelas takpe. Aku suka je sebab aku suka melawa kat kelas. Hahahaha..masa time belajar dulu pun aku bukan gi belajar sangat. tapi gi melawa dengan kawan-kawan. Tu la salah satu sebab pointer tak gempak. Sekadar cukup makan je. hahahaha...

Back to the story, last friday aku pergi la hantar si Faiza ni kat airport. Maklum la, BFF aku nak ke obersea katanya. Aku sampai KLIA pkl 7.30 nasib time tu tengah cuti so tak payah la terkejar nak solat bagai. Tapi sana ada je surau. So tak payah risau ok? Then lepas Faiza solat, kt orang pun dok la lepak-lepak sambil aku bagi kata semangat pada dia. ecehcehceh..Macam la aku ni hebat sangat kan? hahaha..

Bila time nak departure tu, mcm biasa la kan? Salam-salam mintak maaf pastu pelok-pelok..tetiba aku lak berdrama kat situ. hahaha..mak nangis okeh...hilang macho i. heheheh..malu ai depan famly dia. Sebenarnya aku nangis sebab happy dia dapat tunaikan impian kt orang. Memang kt org bercita-cita nak gi belajar kat obersea. Tapi nampak nye dia je yg gi. Aku gi jalan-jalan je kot. hahaha..(Aku ni dah malas nak study). Pastu dia lak gelak-gelak kan aku. Kuang ajor betul pompuan tu. Malu i okies..hahaha..Tapi tu la, bila dia dah g sana, terasa macam jauh je. Sedih pun ada. Takpe, Faiza mu tunggu aku datang deh?

Dah malas nak taip. Korang tengok je la photo-photo perpisahan weolls okies...

dari kiri mak (faiza mother's), faiza (my bff), nasha aziz (aku la tuewww..hahaha), muni (my sister)












yea..yea..aku tau korang dok kutuk aku kan? cakap aku macam orang tua la, selekeh la..hello..time ni baru balik keja mmg aku selekeh and serabai ala-ala makcik karipap okeh. hahahaha..

bye.....