Followers

Tuesday, December 31, 2013

31 December 2013

assalamualaikum and happy Tuesday u olls...

Hari ni merupakan hari terakhir untuk tahun 2013 dan merupakan hari terakhir untuk aku kerja bagi tahun 2013. wowww..tak sangka lg satu hari umur aku akan msk 3 series..gilerr??? umur dah nak msk 30 tp blom kawin lagi? ini bermakna aku dah berjaya memegang status ANDARTU atau kata ganti nama nye anak dara tua...amazing sangattt...hehehe..

Walaupun dah nak masuk 30, tapi aku tak rasa pun aku ni tua. Rasa mcm umur 23 jer..ekekekek (giler tak sedor diri ke hapa).aku tak de pun sentap2 orang nak panggil aku ANDARTU. asakan aku bahagia sudah..kalau kawin tp menyusahkan pun tarak guna kan? itu pendapat masing2 la. hehehe..

Alhamdulillah bersyukur sangat dapat hidup sampai umur 30. Semoga tuhan panjang kan lagi umur aku. Maklum la, dosa nye banyak. hahaha..nasib baik aku sedar akan dosa yg banyak kan? eh eh..tetiba rasa seram lak bila cite psl dosa ni. hehehe..tak payah la cite pasal dosa. kt cite pasal lain yea?

Actly aku tak sabar sangat nak menginjak ke tahun 2014...erkkk??? kenapa ek? owh lupa lak aku nak gtau korang. actly dah lama aku takde azam bial tahun baru. kadang2 tu bila dah nak akhir tahun baru aku ada azam..mcm bodoh je...mcm bangang je...boleh thn gak kesengalan aku yea? hehehe...aku bukan apa, tak nak berazam nt kecewa. cukup la kukirimkan doa di angin lalu..heheheh..terjiwang lak.

Yezzz....aku memang sangat teruja gilas babas nak move on ke 2014. sebab nye??? ada la...tungguuuuu...bila sampai masa nt aku cite okeh? bye...

HAPPY NEW YEAR DARLING2 MANIS...peaceeee

Friday, December 20, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum readers..wahh..sopan gtu. maklum la, pakai dress ala2 jubbah gtu so kena la sopan santun. ekekek...hari ni takda topic hangat nak bincang. eh?? aku rasa mmg aku ni sentiasa takde topic hangat je nak bincang kan? bnyk Nye merapu je. hehehe..lantak la. dlm blog tak payah beriya sgt serious ya dop? biasa2 je. cite je apa yg korang suka. lantak apa org nak kata.

Skrg ni aku tengah bz uruskan bisnes travel agen. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada. Dan diharap rezeki tidak putus2 la yea. hehehe..amin. Rezeki ada di mana2 je. Cuma kt kena rajin berusaha. Alhamdulillah aku bersyukur sebab tuhan jadikan aku seorang yg rajin. ekekek..(angkat bakul sendiri). kalau korang tgk background fmly belah ayah aku, dorang ni jenis pemalas cket. dan sedikit sebanyak penyakit itu ada berjangkit kat adik lelaki aku. Penyakit malas keja tapi nak bergaya and mewah2..acanerr tu?

Dan aku sangat2 bersyukur sebab aku takda penyakit tu. Mayb sebab aku lepas SPM dah hidup berdikari sedikit sebanyak memberikan kesan dalam hidup aku. ecehcehceh..Aku ni jenis yang dari kecik kalau aku nak sesuatu, aku mesti dapat. So aku akan berusaha bersungguh2 untuk dapat apa yang aku nak. Lagi pun aku ni jenis yang tak suka dok diam. Aku lebih suka bekerja dan buat apa saja yang boleh mendatangkan hasil. Bila aku dok umah je weekend, mmg aku rasa bosan giler..Tapi aku jenis yang malas nak kuar hang out gtu. Bagi aku, masa itu sangat bernilai. Satu minit bagi aku sangat berharga. Sebabtu la walaupun aku duduk tgk tv, tp otak aku tetap fikir itu ini. Aku cenderung kearah bisness. So setiap masa otak aku fikir bisness, bisness dan bisness. hehehehee

 Dan skrg ni utk pengetahuan uolls, I dah upgrade service. dulu takde meet and greet kan? skrg dah ada meet and greet service dan transportation. kalau korang nak sewa kereta untuk pusing2 Putrajaya, Kuala Lumpur dan Genting Highland, col je I tau. Kami akan hantar dan bwk anda pusing. Jenis kenderaan ialah Hyundai Starex. Wowwww..mewah gtu uolls...pada kenderaan kami takda tepek2 teksi okies? so kalau korang sewa untuk ke Genting Higland, nt driver kami akan hantar. korang just duduk diam2 dan arahkan driver untuk bwk g mana je. Pastu jgn lupa bayorrr..hahaha. Kerlazz ko jah. So kalau nak sewa tu ringan2 kan tangan untuk hubungi I d talian 019-3992697 okies...

Thursday, December 12, 2013

NASIB ANAK MUDA


hi u olls. dah lama rasa nya aku tak menaip dan membebel di blog sendiri. tetiba lak hari ni terasa macam nak meluahkan sesuatu kan? rasa nya bnyk benda yang belom di update nih. percutian ke kota kinabalu pun blom masuk lagi. ni dah nak ke hatnyai lak esok Nye...hermmm rojak kan je story tu nt boleh tak? ekekeke..memang terbukti aku ni pemalas gtu..hahaha..lantak la. aku kan bz woman. ko hado? hehe
 
ok back to the story. sebenarnya hati aku terdetik bila aku tengok kawan2 masa sekolah dulu. maklum la, kawan2 aku semua Nye bijak2 kecuali aku. Semuanya lepas SPM masuk u. sambung belajar. tp bila aku jumpa balik depa ni, dan dari pemerhatian aku la, aku tengok tak semua berjaya untuk menjawat jawatan yang tinggi atau erti kata lain, buat ponet je depa belajar tp last2 ada yang jd suri rumah, berniaga kecil2 lan, buat kek, biskut, kuih muih bagai. Memang la tu pun rezeki. Dan aku tak nafikan dengan buat bisnes macam tu depa pun boleh berjaya. Tapi apa yang aku cuba bangkit kan ni ialah, sepatut nya dorang tu dah boleh menajwat jawatan yang tinggi setaraf dengan kelayakan dorang kan? tapi memandangkan zaman sekarang ni, dan ianya berlaku di Negara kt, ramai graduate yang lepas abis belajar jadi penganggur atau keja baisa2 je. Ada sorang member aku ni, ada degree tp jadi guard kat skolah je. Sedih bila kenangkan balik. Aku pun tak terlepas sama. Tapi aku bersyukur walaupun aku ni bekerja sebagai kerani, atleast aku ada keja kan? takde la mengaharap kan mak bapak. Kadang2 aku terpikir gak, kalau aku tau la satu masa nt aku akan jadi kerani, idak Nye aku belajar tinggi2 masuk u. Yea la mana tak Nye. aku ni anak orang biasa je. Belajar dah masuk U kena amk loan. dah amk loan kena bayar balik kan? Tapi dengan gaji kecik gni, mana la hai nak mampu. kadang2 aku rasa sedih. Sebab pengorbanan mak bapak aku tak mampu nak balas lagi. setakat belanja dorang makan dan bagi bulan2 tu apa la sangat kan? nak mewahkan dorang kau memang tak mampu. sobk..sobk..tersedih lak.
 
Sebenarnya apa yang tak kena dengan system pentadbiran Negara kita ni ha? aku macam pelik je. kenapa susah nau nak dapat keja dnegan kelayakan kt? kadang2 aku tergerak je hati nak g kerja kat obersea. Maklum la kat sana kan gaji mahal. Walaupun taraf hidup kat sana tinggi, tp tak pe la sebab seiring denagn pendapatan. Berbeza dengan Negara kt ni. taraf hidup tinggi tapi pendapatan rendah. Haishhh..nasib la. Patut la bila aku Tanya kawan2 yang keja oversea tu, kenapa dorang tak balik keja di Malaysia selepas tamat belajar. Dorang cakap kalau balik keja di Malaysia, sampai mati pun tak abis dok bayar loan belajar. hermmm..susah gak. Salah cakap nt di cop sebagai anti kerajaan. Depa tak paham actly. aku tidak menyokong mana2 parti cuma ingin meluahkan rasa tidak puas hati je..peaceee