Followers

Tuesday, February 10, 2015

MY BLOG


Hello Readers...

Uolls rindu kakak tak? dah lama kakak tak meroyan di sini kan? ekekke...actly kakak terlupa pasword. jenuh nak reset pasword tak roti..maklumla kakak ni umur je muda tp tak berapa nak up to date. hehehe... setelah gigih berusaha akhirnya kakak berjaya reset balik pasword blog ni. alhamdulillah. happy sangat weh. banyak cite nak kongsi tapi dah lupa. tunggu kakak up story krabi yea. tgh kompol pic. hhehehee

Monday, March 10, 2014

I'am 30 Years Old


Bismillahirahmanirahim..

Syukur kehadrat ilahi, hari ni 10 March 2014 genap lah usia aku yang ke 30 tahun. Alhamdulillah diberikan peluang untuk terus bernafas dan menikmati hidup yang penuh cabaran ini. Terima kasih allah. 

Terima kasih juga diucapkan kepada bonda tercinta coz bersusah payah melahirkan aku pada tarikh ini 30 tahun yang lepas. Terima kasih sebab fully breast feed anak mu yang paling noti ini sehingga berusia 4 tahun kau..hahaha..giler tak hingat. patut la aku membersar bagaikan juara. ecehhh..pengorbanan bonda tiada tandingan..i love u mama. Tak lupa juga kepada ayahnda tersayang diatas perit jerih memerah keringat mencari rezeki untuk menyara dan memastikan aku mendapat pendidikan serta didikan agama yang secukup nye. Terima kasih abah. Sesungguh nye setiap titik keringat ayahnda tak dapat anaknda ganti dengan wang ringgit. i love u abah. 

Kepada kakak, abang dan adik-adik terima kasih kerana sudi menjadi teman, rakan, musuh dan kekadang korang jadi cikgu ajar aku buat benda bukan-bukan..kehkehkeh..terima kasih sangat-sangat buat hidup aku riuh rendah. hahaha..korang la kakak, abang dan juga adik ter 'best' di dunia. agagaggaa...i love u sisterhood and brotherhood.

Tidak ketinggalan BFF dan kawan-kawan yang sudi menerima diri ini seadanya dan sudi berkawan dengan aku. Wahh..dah macam ucapan dapat oscar nih. 

Actly aku rasa sangat teruja hari ni sebab aku tak pernah terpikir aku diberikan peluang untuk bernafas dibumi allah sehingga hari ini. Terima kasih sekali lagi ya allah. 

Sempena ulang tahun kelahiran aku ini, aku berharap agar aku diberikan kesihatan yang baik,  umur yang panjang dan dimurahkan rezeki agar aku dapat berbakti kepada kedua orang tuaku dan dapat berbakti kepada agama dan juga bangsa. 

Jika aku melakukan kesilapan, itu adalah kerana kesilapan diri ku sendiri. Ibu dan ayah telah memberi didikan agama yang cukup kepadaku. So u have no right to put the blame on them.

SEKIAN




Thursday, March 6, 2014

SENAMAN PAGI


Giler ko tajuk entry tak hingat gtuew...

Sebenarnya bermula semalam aku berazam untuk menjaga kesihatan (konon). Maklum la, umur dah bertambah kan? dah nak masuk 3 series. Minggu depan genap la usia aku 30 tahun..homaigadddd..scary sangat okeh? Walaupun orang cakap wanita paling cantik masa umur 31, tapi aku memang tak leh nak terima kenyataan tu. Rasa macam aku ni dah tua krepot macam nenek tua si bongkok tiga gtuew...auwwww

So di pendekkan cerita, pagi tadi aku pun start la excercise dengan menaiki tangga ke opis. Lif-lif tak main dah okeh? Lepas ni semua nye dengan tangga je. Takde naik lif dah. Untuk pengetahuan korang, opis aku ni di tingkat 5. So pagi tadi bermula la episod sadis aku naik tangga menapak ke opis aku tu. Mula-mula rasa cam..alaaa..tingkat 5 je. pejam mata je nih. Memang ai is bersemangat uolls..Tapi bila dah sampai ke tingkat 3, lutut aku dah start gigil. Time tu rasa cam nak merangkak je naik opis.. Penat giler uolls..Nafas pun sangkut-sangkut. Maklum la, dah lama tak excercise dan badan pun makin naik. Mana tak nye, hari2 aku makan nasik. Bukan sekali tapi dua kali okeh? Pagi ni pun aku dah bantai nasi. Elok sampai je aku makan nasi. hahahaha..kalau nak kurus tu memang tak kan la kot. Tapi tujuan aku bukan untuk kurus. Kalau kurus tu dikira bonus la kan? Tapi untuk kesihatan. Tu jea. hehehe..bye

Tuesday, March 4, 2014

NO POINT


hey uolls..saja je iolls menghupdate blog ni. Walaupun takdak isi yang berguna tapi iolls tetap nak hupdate. Maklumla, pagi-pagi hari lagi aku dah melantak nasik. Nasik sangat bermakna dalam hidup ku. Dulu aku boleh je tak makan nasi berhari-hari. Kadang-kadang berminggu pun takpe. Sebab aku tak gemar sangat nasik. Aku lebih cenderung makan pasta or roti. Ai is Minah Saleh gteuww...Tapi sejak dah berumur ni hidup aku dah berubah (ecehhh..skema gilas ayat) aku lebih suka makan nasi. Adakala nya aku makan nasik sampai 3 kali sehari. Hebat tak aku? Dan kini aku sedang membesar bagaikan juara (sangat poyo)...sehari aku tak makan nasik boleh buat aku rasa nak pitam dan giler. Semua organ dalam aku tak berfungsi..hahahaa..lempang baru tau. Tu je aku nak cite. i love nasik..ekekeke

**tak sabar nak tgu bulan Disember..yihuuu

Thursday, February 27, 2014

PAKCIK SERBA BOLEH DI SENTOSA REGENCY HOTEL


Sebenarnya aku baru balik dari kursus di Kedah selama 3 hari 2 malam. perghhh..dah macam percutian gitu. Maklumla, bila dah duduk kat unit latihan ni banyak je outstation. Tapi iolls suka je uolls....tak payah dok opis ngadap pc kan? Boleh kerja sambil makan hangin gtu..eh?? makan hangin ke makan angin? agagaga...sewel.

Kalau uolls nak tau, iolls duduk kat Hotel Sentosa Regency, Alor Setar..euwww..not suggestion uolls...hotel lama. Kotor okieh? Boleh lak malam tu masa dalam kelas tikus main nyorok2 dengan iolls..jap-jap dia datang, jap-jap dia lari..ehhh..rasa nak pok je tikus ni. Dewan pun agak buruk. Tapi bab makanan sedap. Pastu tak kedekut makanan. Makan heavy gtuew...iolls punya baju pun rasa cam dah nak merekah ni. ekekekee...g outstation asik makan je koje nye..6 kali sehari uolls..ko hado? memang aku ni macam menternak je kan?

Apa yang aku nak cerita sebenarnya pasal sorang pakcik ni. Dia keja kat hotel Sentosa Regency tu. Pakcik ni keja dia sebagai security kot kalau tak silap aku. Masa mula-mula aku sampai tu, aku gtau receptionist supaya panggil bell boy angkat beg aku. Pastu receptionist tu panggil pakcik tu suruh tolong angkat beg. 

Tengahari tu aku turun ke lobi sebab nak g lunch. Skali aku tengok pakcik tu dok mop lantai..dah jadi cleaner lak pakcik tu. ekekeke.. Pastu esok nye aku hantar baju ke dobi. Skali pakcik tu g hantar baju kat bilik aku. Dah jadi room service.. Ntah-ntah pakcik tu gak yang masak. Dah jadi tukang masak lak.. Memang aku respect sangat pakcik tu. Serba boleh. tapi sedih pun ada gak tengok dia. Dah tua kan? Apa-apa pun aku wish semoga pakcik tu sentiasa di berikan kesihatan yang baik dan diberkati. Amin..

Friday, February 21, 2014

CORET-CORET PAGI JUMAAT

Assalamualaikum uolls..

Alim cket hari ni sebab hari jumaat. heheh

Sebenarnya hari ni aku nak ceritakan pasal pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden sebab pukul anak. Bagi aku la kan, mak ayah berhak pukul anak untuk tujuan mendidik anak-anak. Macam dorang tu kan, mesti la dia pukul anak dia sebab tak solat. Memang berhak sangat sebab nak beri didikan agama kat anak dia kan? Tapi anak dia tu over sangat. Geram lak aku kat anak-anak dia tu.

Pagi ni lak aku baca dalam berita harian (BH) keterangan dari anak dia yang di pukul tu. Dia walaupun cara dia ckp tu menunjuk kan mcm dia tak salah tp mak dia pukul gak dia. Bagi aku la kan, mana ada mak ayah pukul anak tanpa salah. Mesti ada buat salah tu. Dari keterangan dia pun boleh nampak sebenarnya yang dia salah. Sebab dia ckp dia pasang muzik. Tapi mak dia pukul sebab suruh dia buat homework. Aku rasa budak ni degil. Pasang muzik kuat-kuat pastu mak dia marah la. Ofcoz la mak dia nak suruh dia belajar rajin-rajin supaya jadi manusia. Ishkk..anak-anak sekarang ni memang bahaya sangat. Mak bapak sendiri pun dia boleh nak jadikan musuh. Aku mmg geram sangat kat budak tu. Kalau jumpa rasa cam nak luku je kepala. Bukan apa, aku kesian kat Mak dia yg dipenjarakan di sana. Yea la, di penjara kan di negara orang bukan negara islam nak tu. Ntah apa dibuat nye pun kt tak tahu kan? kalau bapak dia tu ok cket la sebab bapak dia lelaki. Ni aku kesian kat mak dia. Macam mana nak survive kat sana. Sedih pun ada. Aku kalau sebut pasal kes tu, memang aku rasa geram nak luku kepala anak-anak dia tu.

Dalam keterangan tu si Ammar (budak yg kena pukul) cakap kakak dia dulu pun selalu kena pukul. Tapi sekarang ni kakak dia dah besar umur 13 so tak kena dah. Kiranya skrg ni dia la jadi mangsa lak. Hello...dah kakak ko tu kan dah besar. Mesti la perangai pun berbeza dengan ko. Mayb kakak dia dah matang dengar cakap sebab tu tak kena pukul. Mcm si Ammar tu kan, dia dah la lelaki. Paham-paham la anak lelaki mcm mana kan? Nakal dia tuhan je yang tahu.

Aku masa kecik dulu pun slalu je mak aku pukul. Pernah kurung kat luar sebab gaduh dengan adik beradik. Tapi tu semua sebagai pengajaran la. Mak ayah aku pukul aku bersebab. Dan aku berterima kasih kat mak ayah aku coz pukul aku masa kecik dan marah bila aku buat salah. Itu semua pengajaran yang sangat bermakna bagi aku. Sebab tu la sekarang ni aku jadi manusia. Agak nye kalau mak ayah aku tak pukul aku bila aku buat salah, ntah apa aku jadi skrg ni kan? Mayb jadi sampah masyarakat.

Dalam adik beradik, aku dengan abang yang selalu kena pukul. Sebab kami ni memang nakal giler. Abang aku tu lagi la...anak lelaki katanya. Naik motor curi-curi gi kat jalan besar. Skali bapak aku nampak, siap kena ikat kat tiang umah pastu kena rotan. Sebab apa ayah aku buat tu semua? sebab nak suruh dia paham betapa bahaya nye naik motor nih. Bapak aku mmg tak bagi anak-anak dia naik motor. Sebab tu la dia jual motor harley davidson dia. Sebab tak nak bahayakan nyawa abang aku. Abang aku ni degil orang nye. Ayah aku cakap boleh naik motor tu tapi pusing-pusing kat umah je. Tapi dia naik sampai ke jalan besar tu..haaa..ambik ko kena rotan..hehehe..bila abg aku bercampur dan berkawan dengan bebudak kaki hidu gam, ayah aku marah dan larang tapi dia degil gak. So ayah aku rotan dia. Tapi tu semua bersebab. Sebab tak nak abang aku jadi macam dorang. Tengok bila dah besar ni abang aku jadi mcm mana? Dah jadi kebanggaan mak ayah. Jadi orang berguna dan berjaya dalam hidup. Sapa sangka? Dengan skolah nye malas tapi keja elok. Hidup senang. Berjasa pada mak ayah. Itu la sebab anak-anak kena marah kalau dorang buat salah. Supaya mereka jadi orang yang berguna.

Aku dulu pun sama. Mak aku rotan aku sebab aku malas blajar. Mak aku suruh aku buat homework and study tapi aku dok tulis surat cinta. Dok tulis lirik-lirik lagu...hahahha...pastu gaduh dengan adik-beradik aku. Aku ni jeni yg suka sakat orang. Selagi adik dgn kakak aku tak nangis, tak marah, selagi tu aku dok sakat. Skali adik aku nangis, bapak aku kurung aku luar rumah. Hahahha..padan muka aku. Mmg masa kena marah and kena pukul tu aku bengang je dengan mak ayah aku. Siap rasa nak lari dari rumah je. Tapi bila aku pikir balik sekarang ni, aku bersyukur sangat sebab tanpa mereka aku mesti tak jadi macam hari ni. Agak-agak nye kalau dorang tak marah dan pukul aku mesti aku dah tak keja macam ni. Atleast walaupun aku tak menjawat jawatan sebagai pengarah tapi aku ada keja tetap dan ada pendidikan.  Aku bersyukur sangat. Terima kasih mama and abah sebab didik aku hingga berjaya.


So aku berharap semoga pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden tu akan dibebaskan secepat mungkin dan selamat. Semoga allah memberkati mereka. Dan kepada anak-anak mereka, jadikan ini sebagai pengajaran. Baru korang tahu betapa susuhnye hidup tanpa mak ayah. Walaupun mak ayah kt garang, tapi kasih sayang tetap ada. Berbeza dengan orang lain bukan darah daging kt. Jadikan ini sebagai pengajaran yea..

Sekian saja coretan dari saya. tata

Thursday, February 20, 2014

KEBAHAGIAAN ITU MILIK KITA

Hamboiii..tajuk tak nyempat. Mampus bantai gelak aku baca tajuk entry sendiri. auwww.. Sebenarnya kak non happy banget pagi nih. Elehhh..asal happy je nak up entry. asal up entry je nak ckp happy kan? EH? EH? suka hati aku la, dah nama nye blog aku kan? Nak happy ke, nak sedih ke aku punya pasal la...hoiiii...meroyan sendiri nampak? akakakka...kadang-kadang kak non merasa kan diri kak non macam saiko je. hahahaha...fedulikkk

Aku ni kadang-kadang tak paham gak dengan sikap aku sendiri. Korang nak tau kenapa? Sebab aku suka admire kat orang pastu bila orang yg aku admire tu dah tau, pastu tetiba je aku jd tak suka kat dia....kenapa eh? korang pun cam tu ke? or aku je yang macam tu? or aku ni ada sakit mental? huarghahahahaa...giler ah..

Hari ni aku nak cite pasal sorang mamat ni. Aku admire giler kat dia dari dulu lagi. Pastu tetiba je aku rasa cam nak mesej dia. So bila aku mesej, dia terus reply..OMGGG..adakah dia menantikan mesej dari ku? dushh dushh..(hantuk kepala ke meja)..Perasan sangat kak non nih...hahahah...Pastu kan, tu je yang kak non nak cite. byeeeee