Followers

Thursday, March 21, 2013

CORETAN BUAT BFF

coretan ni khas untuk BFF aku yang mungkin sedang berkecik ati...

Dear BFF,

apa yang berlaku antara kau dan aku, aku benar2 sedih dan tidak terlintas pun utk mengecewakan ko. Tp aku terpaksa demi menjaga hati kedua2 belah pihak..antara kau dan dia...hukhukhukk..apa yg ko ckp tu memang betul dan aku hargai. Tapi aku hanyala manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan...

BFF,

aku tau ko kecewa sebab aku tipu ko kan? aku takde niat pun nak tipu ko. Tp aku terpaksa..maafkan aku dan aku pun tak nak ko berprasangka buruk terhadap dia. Dia bukan seteruk yg ko sangka. Dia pun manusia biasa mcm aku, mcm ko, dan mcm org2 lain gak. Apa yang dia buat tu utk aku. Sebab dia tau apa aku suka dan dia cuba utk buat aku rasa happy. . aku dah sediakan jawapan utk soalan2 yang ko ajukan pada aku seperti di bawah:

Soalan 1
ko ckp kalau dia baik kenapa dia bwk aku g clubing?

~jawapan aku : sblom kenal dia pun aku selalu g clubing. aku suka lepak2 dan minum2 sambil tgk live band. kami tak minum benda haram. kami just lepak sambil dgr muzik and dancing2 manja je..


Soalan 2
kenapa dia tak marah aku pakai seksi?

~jawapan aku : kenapa dia nak marah aku pakai seksi? dari mula ko kenal aku smpai sekarang pun aku mmg suka pakai seksi2 kan? ko pun tau kan? so aku seksi2 bukan sebab dia suruh..mmg aku dah mcm ni. dia pun takde larang aku pakai mcm tu sebab dia nak aku selesa je. and dia just follow apa yang aku nak.


Soalan 3
kalau dia baik, knpa dia bawak aku kuar lewat2 malam?

~jawapan aku : hermmm...beb, kalau ko nak tau aku yang ckp kat dia kuar selepas pkl 11 mlm sebab aku nak spend time dgn kawan2..dgn ko. aku ckp kat dia "kalau nak kuar, kt kuar lepas pkl 11 mlm sebab i nak lepak2 dgn BFF i dulu and nak diner dgn dia." dan dia berkorban utk ko, dia sanggup jmpa aku lewat mlm padahal esok nye dia keja..


BFF,

aku harap ko berpuas hati dgn smua jawapan aku. aku tau ko sayang kan aku. aku betul2 appreciate. tp ko kena faham. setelah apa yg berlaku pada aku selama ni, aku mmg tak percaya lagi org2 yg nampak baik dan alim nihh..bagi aku, biar dia nampak jahat atleast kt tau dia jahat drpd nampak mcm baik tapi hampeh. aku harap ko paham..

syurga neraka pun bukan kt yg tentukan. tu semua keja tuhan. aku mmg tak layak utk ckp bab agama sebab diri aku sendiri tak betul. tp tak semestinya  org yg bertudung, pegi surau 24 jam, jalan tunduk je tu baik..kt hanya manusia biasa..tak kan lari dr melakukan kesilapan. aku tak suka menghukum org dengan hanya melihat dia dr luaran. sebab aku bukan tuhan.

BFF,

aku harap ko paham dengan sittuasi aku....dengan rendah diri aku mintak maaf sangat2 dr hujung rambut sampai hujung kaki kalau ko terasa dengan kejadian itu. aku mengaku yg aku bersalah sebab tipu ko. aku tak nak sebab benda kecik kt putus hubungan. aku sayang kan ko dan ko tetap akan jadi BFF aku sampai bila2...




Friday, March 15, 2013

HOLIDAY IN LANGKAWI

hello semua..

last week aku and BFF iaitu Faiza, Mona dan Syila g beructi di Pulau Langkawi ..mmg best banget. Percutian yang tak di rancang katakan. Actly tak ada pun dalam perancangan aku nak g bercuti di Pulau Langkawi ni. Tapi tetiba je aku ubah plan g bercuti ke sana memandangkan jarak yg agak dekat dan senang nak arrange, so aku pun decide la g sana. Last minit punya plan nih. Saja google air asia pastu tgk ada tiket, terus roger mona and syila..dorang pun ckp on je, so aku terus book tiket ke Pulau Langkawi...faiza tak perlu tiket sebab dia g ikut laut..dok Perlis katakan..hari2 pun boleh pi sana..hihihi...

7 Mac 2013 (Khamis)....here i come..
aku amk tiket pkl 7.20 ptg coz nak save cuti. tak payah amk cuti bnyk2 kan? nt nak g holiday lg, nak kena pakai cuti gak..huhuhu..so ari kamis tu aku dan rakan2 sempat lg g keja..blk keja pkl 4.30 ptg terus blk umah mandi dan siap2 utk bergegas ke LCCT dengan menaiki teksi kawan abg fiqi..


bajet cun snap pic sendiri..mat saleh kat depan pandang je..ada aku kisah?
 
 
 
Flight mlm tu delay so aku sampai kat Airport Langkawi dalam pkl 8.50 mlm. Sampai airport tgk Faiza dah ready kat arrival hall..so mlm tu takde plan apa2..g makan pastu blk bilik mandi and rest jap. Tapi tetiba je kring..kring..telepon ku berdering..col dr Mr Glock. Ajak lepak2..maklumla, dah lama tak jumpakan. So malam tu smua dah penat dan nak lepak bilik je..Jadi nye aku dgn Mr Glock je la g lepak2 kat Pantai Chenang..
 
Lupa lak nak gtau kat mana aku dan kawan2 menginap..Kami check in kat Rasa Exotica Home Vacation, Pantai Chenang. Book thru Agoda okeh (aku kan peminat Agoda dan Groupon) ngeh..ngeh..mula2 sampai kat motel tu bukan main terkejut lg aku..mana tak nye. keliling dah mcm setinggan. Tapi bila msk dlm bilik..fuyoooo...mcm 5 star hotel gtu..kerlazzz kau mona..biasa la kalau tempah melalui Agoda kena berhati2 cket..jgn tertipu dgn pic2 yg d upload okeh..
 
 

pic agak blurrr...
 
 
 makan kat lubuk buaya ke apa ntah nama nye. tp bg aku tempat ni je yg best utk makan sepanjang aku dok langkawi.
 
 
8 Mac 2013 (Jumaat) Payar Marine Park Island
aktiviti yang d tunggu2. yezzaa...pagi2 aku dan kawan2 dah bangun siap2 nak ke Payar Marine Park. Faiza, Mona and Shila sibuk dok mandi2. aku macam biasala buat apa nak mandi nt nak g snorkling mandi gak kan? Jimat air okeh..tak elok membazir...huhuhu..
 
posing dgn my BFF Faiza depan bilik



dalam bas nak ke jeti

kami dah nampak....


 
bas jemput kt orang dlm pukul 8.30 pagi terus ke jeti. dari jeti naik feri lebih kurang 45 minit untuk ke Pulau Payar pastu dah sampai sana, feri berhenti tgh2 transfer lak naik bot untuk ke daratan. Tapi mmg ngeri ms naik bot tu. boleh lak sorang mamat ni muntah..aku ms tu dah buat2 buta dan pekak..maklumla aku ni psiko cket..kalau bunyi org dok uwerkk..uwerkk tu mula la aku pun nak join skali..tp nasib baik naik bot tu tak sampai pun 10 minit..sumpah geli...huhuhu..
 
kami d beri masa untuk mandi manda dan gedik2 d situ sehingga pkl 3.30 ptg. mcm lama je kan..tp bila korang dah dok sana, tak rasa okeh..rasa mcm tak puas je..so aktiviti kan sana bebas. ko boleh nak buat apa yang ko suka kat sana. Peralatan untuk snorkling dan lunch disediakan. kiranya pakej la..ko bayar tu dia bg smua. nt harga aku gtau last skali okeh..utk rujukan korang la..sebab snorkling Payar Island ni kalau ko malas nak cari boleh smpai ratus gak la..mcm aku ni beruntung sebab dpt BFF yang gigih survey harga so dpt la harga paling murah...
 
kat Pulau Payar ni smua air masin okeh..ko g toilet pun dia pakai air laut je..so pakai simple2 je kat sana. tak payah nak pakai jeans bagai.
 
ngam2 pkl 3.30 ptg, smua dah siap kumpul kat jeti coz nak balik. Aku dan kawan2 agak special cket. So kami d beri kebenaran untuk duduk kat bahagian atas skali (open air). Nasib baik la ms tgh snorkling tu kt orang gedik2 dgn kapten and krew kapal tu. so boleh la mtk dok skali..
 
best woo dok atas ni..dapat menghayati keindahan laut...mat saleh tu bf kpd BFF aku..yang baju putih tu nama dia Abang Mail.
 
 
dalam pkl 5 petang kami pun selamat sampai d jeti Langkawi. ms tu bas dah sedia untuk hantar kt orang blk ke motel masing2.
 
sampai je kat chenang, aku dgn kwn2 terus g makan..lapoor katakan. mana tak nye. lunch yg dia bg free tu aku mkn separuh je..tak sodapp...aku mmg memilih cket bab mkn. sebab tu aku membesar bagaikan juara..hohoho...so kt orang pun g makan kat Telaga Arab..restoran punya la superb dan cantik..nama pun dah ala2 5 star hotel...harga pun mahal..tp makanan mcm hampeh..mmg tak suggest..jgn g restoran ni tau...
 
chicken kabshah..hanya pada nama..sepatutnya kat menu tulis nasi warna kuning tanpa perasa..sumpah mmg takde rasa melainkan warna kuning je..
 
 
bila perut dah kenyang dan masing2 badan dah penat + mengantok, kami blk bilik je mandi dan tido. malam nye masing2 buat hal sendiri. Mona and Syila g dating secara berduet. Faiza lepak dgn adik2 nye d Pantai Chenang. Aku lepak dgn Mr Glock kat Eagle Rock Cafe tgk live band.
 
sementara tunggu Mr Glock, aku merayau dulu sepanjang Pantai Chenang
 
 
 
9 Mac 2013 (Sabtu)..Island Hoping dan Sesi Manjakan Diri
mcm biasa kena bgn pagi coz van akan jemput kt orang untuk aktiviti Island Hoping. So mcm biasa gak la aku tak mandi..dah sah2 nak g mandi kan? buat apa mandi bnyk kali..huhuhu...Orang pikir aku pengotor dan pemalas tp sebenarnya aku ni berjimat cermat..
 
Aktiviti Island Hoping ni bukan mcm snorkling kat Payar Island. Tengah hari je dah setel aktiviti. mcm biasa g tengok Tasik Dayang Bunting, pastu Eagle Feeding and last skali mandi manda kat Pantai Beras Basah. aku dah pernah g sblom ni. so agak boring gak la ms aktiviti tu. cuma layan kan je...coz ni 1st time buat Mona and Syila.
 
ni masa mula2 sampai kat Tasik Dayang Bunting..
 
 
 
eh malas la aku nak taip panjang2 nih..idea pun dah tarak..so aku pendek kan je la ek? blk motel  pkl 3 ptg, pastu mandi2, g lepak kat Chenang Mall sambil Lunch then g massage..haaa amk kooo..aku ni mmg dasar pemalas okeh..hahahhaa...
 
so aktiviti mlm nye pun mcm biasa la..aktiviti suka hati je...Mona, Syila dan Faiza g lepak sama. Aku lepak dgn Mr Glock lagi. Dia bwk aku g mana ntah tempat tu. tp yg aku tau tempat tu ada bnyk kapal layar..ms tu gak la aku berangan..kalau bapak aku jutawan, aku suruh je dia beli kapal ni..boleh aku g langkawi tiap2 bulan...huhuhuhuhu
 
 
10 Mac 2013 (Ahad) Nak blk...
ari terakhir d Pulau Lagenda, Pulau Langkawi. Aktiviti menghabiskan duit je la time ni..aku soping cket2 je coklat yg member kirim. Pastu g tempat pemprosesan gamat. Last skali naik cable car..sgt berani kan? korang tgk jela pic2 kat bwh..mls dah aku nak taip lg...
 
tempat pemprosesan gamat..ada jual2 skali...
 
 
cable car..
 

 



 
 
 
setelah selesai semua lawatan, aku dan kwn2 pun pulang ke motel untuk rehat2 sementara tgu nak fly...flight kami pkl 7.50 ptg so msh ada ms. aku kan kaki tido. so time blk motel tu aku sempat gak tido. check out pkl 6 ptg. dengan bantuan abg teksi yg tak handsome, kt org selamat sampai d Langkawi Airport pkl 6.15. So check in utk berlepas.
 
Lebih kurang pkl 9 mlm, kami selamat tiba d LCCT. Tapi sblm blk umah isi perut kat Old Town LCCT dulu..then blk..pkl 10 lebih mcm tu baru smpai umah. tu pun atas ehsan brother teksi yg bwk laju giler + kelam kabut..risau aku tgk..huhuhu...
 
sekian saja kisah percutian aku d langkawi bersama BFF iaitu Faiza, Mona dan Syila semoga anda semua terhibur..huhuhu..
 
***info berguna :
 
Payar Island Tour (Snorkling) = RM 90
Island Hoping                          = RM 20
 

 
 
 
 
 

 

 

 
 

 
 



Thursday, March 14, 2013

ENJOY MY SINGLE LIFE

perghhh...tajuk tersangat tak boleh blah..hahaha..

dah lama tak update blog ni. mmg dah bersawang dah pun..tp walau aku tak update blog, bukan bermakna aku tidak mengambil maklum blog rakan2..aku suka baca blog org..cuma nak update blog sendiri je malas..maklumla..aku kan bodoh cket dalam penulisan nih..sejak di bangku skolah lagi aku tak pernah dpt 'A' dalam subjek penulisan. Aku more pada pengiraan je..huhuhu..(macam la bijak sgt maths yea?)..

mesti korang heran kenapa tetiba je aku menulis blog hari ni..actly dah lama nak berkongsi cerita dgn korang.tp mood utk menulis ni tarak...maklum la, semenjak dua menjak ni aku tersangat la bz. bz dengan keja okeh..sabtu ahad pun aku dtg keja..gigih lah sgt..huhuhu..ok, back to the story, ramai kwn2 (sama ada rapat dan tak berapa nak rapat sgt la), sedara mara dan org2 keliling aku dok tnya soalan cepu cemas berbunyi "Bila nak kawin?"...haaa??? cemas sgt nak jwb. huhuhu..sebenarnya aku blom terasa nak kawin. sebab nye? aku rasa hidup single aku ni lagi best + lagi happening + lagi enjoy dan mcm2 lagi...jika nak dibandingkan dengan hidup aku yg ada pasangan atau lebih dikenali sebagai BF. Mayb sebab "BF" yg aku kenal sebelum ni tak best mcm BF korang2..aku ni mcm bernasib malang cket lepas aku break off dgn Mr Mack. Asik jumpa lelaki yg salah je..mostly lelaki yg mendampingi aku hanya nak menompang senang aku je..bkn bermaksud aku up diri sendiri ckp aku ni org kaya..cuma d sebab kan aku ni bekerja ada la sedikit duit cukup sekadar nak beli itu dan ini..dan oleh kerana kebodohan aku (sifat semulajadi mudah kesiankan org), aku tak reti nak cakap tidak kalau ex2 aku mtk duit or suruh beli itu ini. betapa bodoh nye aku..tp skrang aku dah sedar..so aku malas nak bermingle2 nih..aku lebih selesa single. so aku boleh buat apa saja yang aku suka. nak g bercuti ke, nak beli itu ini ke, aku punya suka la kan..kalau dulu nak beli apa2 tak boleh..duit aku dorang control..mcm la duit dia kan? nak g cuti pun tak boleh. mayb nasib aku jumpa dengan org2 pelik..tp tak semua la lelaki mcm tu..cuma aku ni bernasib malang je...oleh sebab itu lah aku buat keputusan tak nak pikir pasal kawin. sekarang ni aku just nak enjoy hidup single aku je..selagi aku diberi peluang utk bernafas dan melihat dunia ni, aku akan menikmati hidup aku sepuas-puas nya..bukan nye bermaksud aku nak menolak ketentuan tuhan ke apa..cuma kalau d beri peluang utk kawin or lepas ni aku jmpa lelaki yg baik dan ikhlas menyayangi aku mcm Mr Mack tu, mayb aku akan kawin..tp utk setahun dua ni nak pkir umur dah tua tp tak kawin2 lagi, jawab nye tak la...

tu je yang aku nak kongsi dengan korang..mayb korang dok pikir sampai migrain kenapa aku tak nak kawin kan? so harapnye terjawab la persoalan itu..