Followers

Wednesday, September 4, 2013

STRESS DATANG LAGI


Assalamualaikum semua..

aku rasa blog aku ni macam blog orang sakit mental je kan? kalau tak stress mesti sentap..hahaha..lantak la, janji aku puas. Dengan cara menaip di blog ni la dapat ilangkan stress aku. Back to story, apa yang buat aku stress hari ni ialah...as u know kan, banyak benda aku nak kena pikir..kadang2 aku terpikir kenapa rumit sangat hidup aku ni ha? bukan aku nak mempersoalkan takdir tuhan, tapi kerumitan itu disebabkan kerana aku ni hidup dalam kasta. Maklum la, mama aku ni dari kasta tinggi. So kalau aku atau adik beradik aku nak kawin, mesti cari pegawai or somebody. tak leh kawin dengan orang biasa. perghhhh..kejam sangat bagi aku. huhuhu...aku paham apa yang dia buat ni untuk kebaikan aku gak tp kalau dah tuhan takdirkan aku ni kawin dengan cleaner je nak buat macam mana kan? susah tulll..hurmmm..maybe itu jugak salah satu faktor aku ni tak kawin2 lagi. susah nak cari weh. aku ni sapa? dawai je kot. sama gak dengan cousin aku, bf dia army tp pakcik aku halang sekeras keras nye sebab nak suruh cousin aku tu kawin dengan doktor..giler koooo..doktor tu. ko ingat senang ke? ingt boleh g 7e pastu cakap nak beli doktor satu nak wat laki??? ko ingt semudah itu ke? uwaaaaaa....kami tertindasss...cousin aku tu bukan nye doktor pun. kenapa la rumit sangat eh? bukan ke rezeki tu ada di mana2 je? tak kisah la ko kawin dengan sapa pun tp kalau rajin usaha dan selalu ingt tuhan, insaallah akan bahagia dan murah rezeki kan? sedih aku pedih weh...ekekeke..terlebih jiwang lak.. hahaha..tp tu la yang kami rasa sekarang ni. Anak2 pompuan yang tertekan kerana sistem kasta..uwaaaa..nangis lagi.

No comments:

Post a Comment