Followers

Monday, March 10, 2014

I'am 30 Years Old


Bismillahirahmanirahim..

Syukur kehadrat ilahi, hari ni 10 March 2014 genap lah usia aku yang ke 30 tahun. Alhamdulillah diberikan peluang untuk terus bernafas dan menikmati hidup yang penuh cabaran ini. Terima kasih allah. 

Terima kasih juga diucapkan kepada bonda tercinta coz bersusah payah melahirkan aku pada tarikh ini 30 tahun yang lepas. Terima kasih sebab fully breast feed anak mu yang paling noti ini sehingga berusia 4 tahun kau..hahaha..giler tak hingat. patut la aku membersar bagaikan juara. ecehhh..pengorbanan bonda tiada tandingan..i love u mama. Tak lupa juga kepada ayahnda tersayang diatas perit jerih memerah keringat mencari rezeki untuk menyara dan memastikan aku mendapat pendidikan serta didikan agama yang secukup nye. Terima kasih abah. Sesungguh nye setiap titik keringat ayahnda tak dapat anaknda ganti dengan wang ringgit. i love u abah. 

Kepada kakak, abang dan adik-adik terima kasih kerana sudi menjadi teman, rakan, musuh dan kekadang korang jadi cikgu ajar aku buat benda bukan-bukan..kehkehkeh..terima kasih sangat-sangat buat hidup aku riuh rendah. hahaha..korang la kakak, abang dan juga adik ter 'best' di dunia. agagaggaa...i love u sisterhood and brotherhood.

Tidak ketinggalan BFF dan kawan-kawan yang sudi menerima diri ini seadanya dan sudi berkawan dengan aku. Wahh..dah macam ucapan dapat oscar nih. 

Actly aku rasa sangat teruja hari ni sebab aku tak pernah terpikir aku diberikan peluang untuk bernafas dibumi allah sehingga hari ini. Terima kasih sekali lagi ya allah. 

Sempena ulang tahun kelahiran aku ini, aku berharap agar aku diberikan kesihatan yang baik,  umur yang panjang dan dimurahkan rezeki agar aku dapat berbakti kepada kedua orang tuaku dan dapat berbakti kepada agama dan juga bangsa. 

Jika aku melakukan kesilapan, itu adalah kerana kesilapan diri ku sendiri. Ibu dan ayah telah memberi didikan agama yang cukup kepadaku. So u have no right to put the blame on them.

SEKIAN




1 comment:

  1. happy birthday dear......semoga dimurahkan rezeki..dipermudahkan segala urusan dan suksess selalu

    ReplyDelete