Followers

Friday, March 15, 2013

HOLIDAY IN LANGKAWI

hello semua..

last week aku and BFF iaitu Faiza, Mona dan Syila g beructi di Pulau Langkawi ..mmg best banget. Percutian yang tak di rancang katakan. Actly tak ada pun dalam perancangan aku nak g bercuti di Pulau Langkawi ni. Tapi tetiba je aku ubah plan g bercuti ke sana memandangkan jarak yg agak dekat dan senang nak arrange, so aku pun decide la g sana. Last minit punya plan nih. Saja google air asia pastu tgk ada tiket, terus roger mona and syila..dorang pun ckp on je, so aku terus book tiket ke Pulau Langkawi...faiza tak perlu tiket sebab dia g ikut laut..dok Perlis katakan..hari2 pun boleh pi sana..hihihi...

7 Mac 2013 (Khamis)....here i come..
aku amk tiket pkl 7.20 ptg coz nak save cuti. tak payah amk cuti bnyk2 kan? nt nak g holiday lg, nak kena pakai cuti gak..huhuhu..so ari kamis tu aku dan rakan2 sempat lg g keja..blk keja pkl 4.30 ptg terus blk umah mandi dan siap2 utk bergegas ke LCCT dengan menaiki teksi kawan abg fiqi..


bajet cun snap pic sendiri..mat saleh kat depan pandang je..ada aku kisah?
 
 
 
Flight mlm tu delay so aku sampai kat Airport Langkawi dalam pkl 8.50 mlm. Sampai airport tgk Faiza dah ready kat arrival hall..so mlm tu takde plan apa2..g makan pastu blk bilik mandi and rest jap. Tapi tetiba je kring..kring..telepon ku berdering..col dr Mr Glock. Ajak lepak2..maklumla, dah lama tak jumpakan. So malam tu smua dah penat dan nak lepak bilik je..Jadi nye aku dgn Mr Glock je la g lepak2 kat Pantai Chenang..
 
Lupa lak nak gtau kat mana aku dan kawan2 menginap..Kami check in kat Rasa Exotica Home Vacation, Pantai Chenang. Book thru Agoda okeh (aku kan peminat Agoda dan Groupon) ngeh..ngeh..mula2 sampai kat motel tu bukan main terkejut lg aku..mana tak nye. keliling dah mcm setinggan. Tapi bila msk dlm bilik..fuyoooo...mcm 5 star hotel gtu..kerlazzz kau mona..biasa la kalau tempah melalui Agoda kena berhati2 cket..jgn tertipu dgn pic2 yg d upload okeh..
 
 

pic agak blurrr...
 
 
 makan kat lubuk buaya ke apa ntah nama nye. tp bg aku tempat ni je yg best utk makan sepanjang aku dok langkawi.
 
 
8 Mac 2013 (Jumaat) Payar Marine Park Island
aktiviti yang d tunggu2. yezzaa...pagi2 aku dan kawan2 dah bangun siap2 nak ke Payar Marine Park. Faiza, Mona and Shila sibuk dok mandi2. aku macam biasala buat apa nak mandi nt nak g snorkling mandi gak kan? Jimat air okeh..tak elok membazir...huhuhu..
 
posing dgn my BFF Faiza depan bilik



dalam bas nak ke jeti

kami dah nampak....


 
bas jemput kt orang dlm pukul 8.30 pagi terus ke jeti. dari jeti naik feri lebih kurang 45 minit untuk ke Pulau Payar pastu dah sampai sana, feri berhenti tgh2 transfer lak naik bot untuk ke daratan. Tapi mmg ngeri ms naik bot tu. boleh lak sorang mamat ni muntah..aku ms tu dah buat2 buta dan pekak..maklumla aku ni psiko cket..kalau bunyi org dok uwerkk..uwerkk tu mula la aku pun nak join skali..tp nasib baik naik bot tu tak sampai pun 10 minit..sumpah geli...huhuhu..
 
kami d beri masa untuk mandi manda dan gedik2 d situ sehingga pkl 3.30 ptg. mcm lama je kan..tp bila korang dah dok sana, tak rasa okeh..rasa mcm tak puas je..so aktiviti kan sana bebas. ko boleh nak buat apa yang ko suka kat sana. Peralatan untuk snorkling dan lunch disediakan. kiranya pakej la..ko bayar tu dia bg smua. nt harga aku gtau last skali okeh..utk rujukan korang la..sebab snorkling Payar Island ni kalau ko malas nak cari boleh smpai ratus gak la..mcm aku ni beruntung sebab dpt BFF yang gigih survey harga so dpt la harga paling murah...
 
kat Pulau Payar ni smua air masin okeh..ko g toilet pun dia pakai air laut je..so pakai simple2 je kat sana. tak payah nak pakai jeans bagai.
 
ngam2 pkl 3.30 ptg, smua dah siap kumpul kat jeti coz nak balik. Aku dan kawan2 agak special cket. So kami d beri kebenaran untuk duduk kat bahagian atas skali (open air). Nasib baik la ms tgh snorkling tu kt orang gedik2 dgn kapten and krew kapal tu. so boleh la mtk dok skali..
 
best woo dok atas ni..dapat menghayati keindahan laut...mat saleh tu bf kpd BFF aku..yang baju putih tu nama dia Abang Mail.
 
 
dalam pkl 5 petang kami pun selamat sampai d jeti Langkawi. ms tu bas dah sedia untuk hantar kt orang blk ke motel masing2.
 
sampai je kat chenang, aku dgn kwn2 terus g makan..lapoor katakan. mana tak nye. lunch yg dia bg free tu aku mkn separuh je..tak sodapp...aku mmg memilih cket bab mkn. sebab tu aku membesar bagaikan juara..hohoho...so kt orang pun g makan kat Telaga Arab..restoran punya la superb dan cantik..nama pun dah ala2 5 star hotel...harga pun mahal..tp makanan mcm hampeh..mmg tak suggest..jgn g restoran ni tau...
 
chicken kabshah..hanya pada nama..sepatutnya kat menu tulis nasi warna kuning tanpa perasa..sumpah mmg takde rasa melainkan warna kuning je..
 
 
bila perut dah kenyang dan masing2 badan dah penat + mengantok, kami blk bilik je mandi dan tido. malam nye masing2 buat hal sendiri. Mona and Syila g dating secara berduet. Faiza lepak dgn adik2 nye d Pantai Chenang. Aku lepak dgn Mr Glock kat Eagle Rock Cafe tgk live band.
 
sementara tunggu Mr Glock, aku merayau dulu sepanjang Pantai Chenang
 
 
 
9 Mac 2013 (Sabtu)..Island Hoping dan Sesi Manjakan Diri
mcm biasa kena bgn pagi coz van akan jemput kt orang untuk aktiviti Island Hoping. So mcm biasa gak la aku tak mandi..dah sah2 nak g mandi kan? buat apa mandi bnyk kali..huhuhu...Orang pikir aku pengotor dan pemalas tp sebenarnya aku ni berjimat cermat..
 
Aktiviti Island Hoping ni bukan mcm snorkling kat Payar Island. Tengah hari je dah setel aktiviti. mcm biasa g tengok Tasik Dayang Bunting, pastu Eagle Feeding and last skali mandi manda kat Pantai Beras Basah. aku dah pernah g sblom ni. so agak boring gak la ms aktiviti tu. cuma layan kan je...coz ni 1st time buat Mona and Syila.
 
ni masa mula2 sampai kat Tasik Dayang Bunting..
 
 
 
eh malas la aku nak taip panjang2 nih..idea pun dah tarak..so aku pendek kan je la ek? blk motel  pkl 3 ptg, pastu mandi2, g lepak kat Chenang Mall sambil Lunch then g massage..haaa amk kooo..aku ni mmg dasar pemalas okeh..hahahhaa...
 
so aktiviti mlm nye pun mcm biasa la..aktiviti suka hati je...Mona, Syila dan Faiza g lepak sama. Aku lepak dgn Mr Glock lagi. Dia bwk aku g mana ntah tempat tu. tp yg aku tau tempat tu ada bnyk kapal layar..ms tu gak la aku berangan..kalau bapak aku jutawan, aku suruh je dia beli kapal ni..boleh aku g langkawi tiap2 bulan...huhuhuhuhu
 
 
10 Mac 2013 (Ahad) Nak blk...
ari terakhir d Pulau Lagenda, Pulau Langkawi. Aktiviti menghabiskan duit je la time ni..aku soping cket2 je coklat yg member kirim. Pastu g tempat pemprosesan gamat. Last skali naik cable car..sgt berani kan? korang tgk jela pic2 kat bwh..mls dah aku nak taip lg...
 
tempat pemprosesan gamat..ada jual2 skali...
 
 
cable car..
 

 



 
 
 
setelah selesai semua lawatan, aku dan kwn2 pun pulang ke motel untuk rehat2 sementara tgu nak fly...flight kami pkl 7.50 ptg so msh ada ms. aku kan kaki tido. so time blk motel tu aku sempat gak tido. check out pkl 6 ptg. dengan bantuan abg teksi yg tak handsome, kt org selamat sampai d Langkawi Airport pkl 6.15. So check in utk berlepas.
 
Lebih kurang pkl 9 mlm, kami selamat tiba d LCCT. Tapi sblm blk umah isi perut kat Old Town LCCT dulu..then blk..pkl 10 lebih mcm tu baru smpai umah. tu pun atas ehsan brother teksi yg bwk laju giler + kelam kabut..risau aku tgk..huhuhu...
 
sekian saja kisah percutian aku d langkawi bersama BFF iaitu Faiza, Mona dan Syila semoga anda semua terhibur..huhuhu..
 
***info berguna :
 
Payar Island Tour (Snorkling) = RM 90
Island Hoping                          = RM 20
 

 
 
 
 
 

 

 

 
 

 
 



No comments:

Post a Comment