Followers

Thursday, March 21, 2013

CORETAN BUAT BFF

coretan ni khas untuk BFF aku yang mungkin sedang berkecik ati...

Dear BFF,

apa yang berlaku antara kau dan aku, aku benar2 sedih dan tidak terlintas pun utk mengecewakan ko. Tp aku terpaksa demi menjaga hati kedua2 belah pihak..antara kau dan dia...hukhukhukk..apa yg ko ckp tu memang betul dan aku hargai. Tapi aku hanyala manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan...

BFF,

aku tau ko kecewa sebab aku tipu ko kan? aku takde niat pun nak tipu ko. Tp aku terpaksa..maafkan aku dan aku pun tak nak ko berprasangka buruk terhadap dia. Dia bukan seteruk yg ko sangka. Dia pun manusia biasa mcm aku, mcm ko, dan mcm org2 lain gak. Apa yang dia buat tu utk aku. Sebab dia tau apa aku suka dan dia cuba utk buat aku rasa happy. . aku dah sediakan jawapan utk soalan2 yang ko ajukan pada aku seperti di bawah:

Soalan 1
ko ckp kalau dia baik kenapa dia bwk aku g clubing?

~jawapan aku : sblom kenal dia pun aku selalu g clubing. aku suka lepak2 dan minum2 sambil tgk live band. kami tak minum benda haram. kami just lepak sambil dgr muzik and dancing2 manja je..


Soalan 2
kenapa dia tak marah aku pakai seksi?

~jawapan aku : kenapa dia nak marah aku pakai seksi? dari mula ko kenal aku smpai sekarang pun aku mmg suka pakai seksi2 kan? ko pun tau kan? so aku seksi2 bukan sebab dia suruh..mmg aku dah mcm ni. dia pun takde larang aku pakai mcm tu sebab dia nak aku selesa je. and dia just follow apa yang aku nak.


Soalan 3
kalau dia baik, knpa dia bawak aku kuar lewat2 malam?

~jawapan aku : hermmm...beb, kalau ko nak tau aku yang ckp kat dia kuar selepas pkl 11 mlm sebab aku nak spend time dgn kawan2..dgn ko. aku ckp kat dia "kalau nak kuar, kt kuar lepas pkl 11 mlm sebab i nak lepak2 dgn BFF i dulu and nak diner dgn dia." dan dia berkorban utk ko, dia sanggup jmpa aku lewat mlm padahal esok nye dia keja..


BFF,

aku harap ko berpuas hati dgn smua jawapan aku. aku tau ko sayang kan aku. aku betul2 appreciate. tp ko kena faham. setelah apa yg berlaku pada aku selama ni, aku mmg tak percaya lagi org2 yg nampak baik dan alim nihh..bagi aku, biar dia nampak jahat atleast kt tau dia jahat drpd nampak mcm baik tapi hampeh. aku harap ko paham..

syurga neraka pun bukan kt yg tentukan. tu semua keja tuhan. aku mmg tak layak utk ckp bab agama sebab diri aku sendiri tak betul. tp tak semestinya  org yg bertudung, pegi surau 24 jam, jalan tunduk je tu baik..kt hanya manusia biasa..tak kan lari dr melakukan kesilapan. aku tak suka menghukum org dengan hanya melihat dia dr luaran. sebab aku bukan tuhan.

BFF,

aku harap ko paham dengan sittuasi aku....dengan rendah diri aku mintak maaf sangat2 dr hujung rambut sampai hujung kaki kalau ko terasa dengan kejadian itu. aku mengaku yg aku bersalah sebab tipu ko. aku tak nak sebab benda kecik kt putus hubungan. aku sayang kan ko dan ko tetap akan jadi BFF aku sampai bila2...




1 comment: