Followers

Friday, February 21, 2014

CORET-CORET PAGI JUMAAT

Assalamualaikum uolls..

Alim cket hari ni sebab hari jumaat. heheh

Sebenarnya hari ni aku nak ceritakan pasal pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden sebab pukul anak. Bagi aku la kan, mak ayah berhak pukul anak untuk tujuan mendidik anak-anak. Macam dorang tu kan, mesti la dia pukul anak dia sebab tak solat. Memang berhak sangat sebab nak beri didikan agama kat anak dia kan? Tapi anak dia tu over sangat. Geram lak aku kat anak-anak dia tu.

Pagi ni lak aku baca dalam berita harian (BH) keterangan dari anak dia yang di pukul tu. Dia walaupun cara dia ckp tu menunjuk kan mcm dia tak salah tp mak dia pukul gak dia. Bagi aku la kan, mana ada mak ayah pukul anak tanpa salah. Mesti ada buat salah tu. Dari keterangan dia pun boleh nampak sebenarnya yang dia salah. Sebab dia ckp dia pasang muzik. Tapi mak dia pukul sebab suruh dia buat homework. Aku rasa budak ni degil. Pasang muzik kuat-kuat pastu mak dia marah la. Ofcoz la mak dia nak suruh dia belajar rajin-rajin supaya jadi manusia. Ishkk..anak-anak sekarang ni memang bahaya sangat. Mak bapak sendiri pun dia boleh nak jadikan musuh. Aku mmg geram sangat kat budak tu. Kalau jumpa rasa cam nak luku je kepala. Bukan apa, aku kesian kat Mak dia yg dipenjarakan di sana. Yea la, di penjara kan di negara orang bukan negara islam nak tu. Ntah apa dibuat nye pun kt tak tahu kan? kalau bapak dia tu ok cket la sebab bapak dia lelaki. Ni aku kesian kat mak dia. Macam mana nak survive kat sana. Sedih pun ada. Aku kalau sebut pasal kes tu, memang aku rasa geram nak luku kepala anak-anak dia tu.

Dalam keterangan tu si Ammar (budak yg kena pukul) cakap kakak dia dulu pun selalu kena pukul. Tapi sekarang ni kakak dia dah besar umur 13 so tak kena dah. Kiranya skrg ni dia la jadi mangsa lak. Hello...dah kakak ko tu kan dah besar. Mesti la perangai pun berbeza dengan ko. Mayb kakak dia dah matang dengar cakap sebab tu tak kena pukul. Mcm si Ammar tu kan, dia dah la lelaki. Paham-paham la anak lelaki mcm mana kan? Nakal dia tuhan je yang tahu.

Aku masa kecik dulu pun slalu je mak aku pukul. Pernah kurung kat luar sebab gaduh dengan adik beradik. Tapi tu semua sebagai pengajaran la. Mak ayah aku pukul aku bersebab. Dan aku berterima kasih kat mak ayah aku coz pukul aku masa kecik dan marah bila aku buat salah. Itu semua pengajaran yang sangat bermakna bagi aku. Sebab tu la sekarang ni aku jadi manusia. Agak nye kalau mak ayah aku tak pukul aku bila aku buat salah, ntah apa aku jadi skrg ni kan? Mayb jadi sampah masyarakat.

Dalam adik beradik, aku dengan abang yang selalu kena pukul. Sebab kami ni memang nakal giler. Abang aku tu lagi la...anak lelaki katanya. Naik motor curi-curi gi kat jalan besar. Skali bapak aku nampak, siap kena ikat kat tiang umah pastu kena rotan. Sebab apa ayah aku buat tu semua? sebab nak suruh dia paham betapa bahaya nye naik motor nih. Bapak aku mmg tak bagi anak-anak dia naik motor. Sebab tu la dia jual motor harley davidson dia. Sebab tak nak bahayakan nyawa abang aku. Abang aku ni degil orang nye. Ayah aku cakap boleh naik motor tu tapi pusing-pusing kat umah je. Tapi dia naik sampai ke jalan besar tu..haaa..ambik ko kena rotan..hehehe..bila abg aku bercampur dan berkawan dengan bebudak kaki hidu gam, ayah aku marah dan larang tapi dia degil gak. So ayah aku rotan dia. Tapi tu semua bersebab. Sebab tak nak abang aku jadi macam dorang. Tengok bila dah besar ni abang aku jadi mcm mana? Dah jadi kebanggaan mak ayah. Jadi orang berguna dan berjaya dalam hidup. Sapa sangka? Dengan skolah nye malas tapi keja elok. Hidup senang. Berjasa pada mak ayah. Itu la sebab anak-anak kena marah kalau dorang buat salah. Supaya mereka jadi orang yang berguna.

Aku dulu pun sama. Mak aku rotan aku sebab aku malas blajar. Mak aku suruh aku buat homework and study tapi aku dok tulis surat cinta. Dok tulis lirik-lirik lagu...hahahha...pastu gaduh dengan adik-beradik aku. Aku ni jeni yg suka sakat orang. Selagi adik dgn kakak aku tak nangis, tak marah, selagi tu aku dok sakat. Skali adik aku nangis, bapak aku kurung aku luar rumah. Hahahha..padan muka aku. Mmg masa kena marah and kena pukul tu aku bengang je dengan mak ayah aku. Siap rasa nak lari dari rumah je. Tapi bila aku pikir balik sekarang ni, aku bersyukur sangat sebab tanpa mereka aku mesti tak jadi macam hari ni. Agak-agak nye kalau dorang tak marah dan pukul aku mesti aku dah tak keja macam ni. Atleast walaupun aku tak menjawat jawatan sebagai pengarah tapi aku ada keja tetap dan ada pendidikan.  Aku bersyukur sangat. Terima kasih mama and abah sebab didik aku hingga berjaya.


So aku berharap semoga pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden tu akan dibebaskan secepat mungkin dan selamat. Semoga allah memberkati mereka. Dan kepada anak-anak mereka, jadikan ini sebagai pengajaran. Baru korang tahu betapa susuhnye hidup tanpa mak ayah. Walaupun mak ayah kt garang, tapi kasih sayang tetap ada. Berbeza dengan orang lain bukan darah daging kt. Jadikan ini sebagai pengajaran yea..

Sekian saja coretan dari saya. tata

No comments:

Post a Comment