Followers

Saturday, October 22, 2011

aktiviti hari sabtu 22 oktober 2011

hari ni mmg aku sibuk banget sebab dr pagi sampai ke petang temankan abg sedara g beli barang-barang kawin kat Nilai 3. Beruntung sapa kawin dgn dia sebab semua barang dia yang belikan. Baju untuk nikah pun dia yang belikan. Tapi kalau aku la yang nak kawin, aku lebih suka g beli sendiri daripada biarkan bakal suami yang beli. Maklumla, orang lelaki bukan pandai sangat nak beli barang-barang mcm ni. Bila msk kat kedai jual goodies, poning lak nak pilih yang mana satu. Abe (gelaran abg sedara aku) ckp nak yang dah siap tp warna pupel sebab tema dia warna pupel. So jenuh kt org dok cari. Bila tunjuk yang tu, dia cakap cantik. Bila tunjuk yang ni pun cantik gak katanya. Alih2 kt org suruh dia pilih sendiri sebab dia dah pening. Hehehehe..akhirnya dia beli potpori 200 biji. Done. Pastu g cari kain untuk buat baju nikah. Dah dapat kain, cari tudung lak. Abis satu Nilai 3 kt org pusing nak cari tudung putih. Last-last jumpa gak. Abis semua benda dia nak beli. Quran dan kopiah pun dia nak beli kat sini. Mcm la dia balik naik keta kan? hehehehe..pening aku. Mcm mana dia nak naik flight dgn barang-barang bnyk camtu. Tp kesian kat dia sebab semua benda dia nak uruskan..after soping-soping kat Nilai,  kt org g hantar dia kat Sri Petaling. Dah hantar dia tetiba ada member col ckp nak jumpa..alamakkkkk...penat nye. tp bg tidak menghampakan permintaan sahabat tu, aku pun onn jer. So kt org lepak kat old town cyberjaya...walau penat tp best dpt lepak and gelak2 dgn member. gigih gtu...hehehehe

No comments:

Post a Comment