Followers

Wednesday, October 5, 2011

OH BUDAK ITAM LEGAM

            Budak itam. gelaran kpd ex bf aku ms tgh hangit bercinta. bkn niat nak mengutuk atau menjatuhkan sapa2 cuma nak kongsi cerita dgn kwn2 yg sudi baca blog aku ni. Citer nye mcm nih, aku kwn dgn dia tak sampai sebulan terus plan nak kawin. sebab aku percaya yg kalau dah jodoh, kenal kejap pun terus kawin dan hidup bahagia. pastu dia pun bwk aku jmpa family dia. lagi la aku rasa berbunga-bunga sebab dia mcm ikhlas jerk kan? pastu turn aku lak bwk dia jmpa family aku..abah aku nih bukan main getik la suka kat dia sebab baik + sopan santun + pendiam = ala2 hormat org tua gtu..nampak pun mcm alim kan. tp from d 1st lg mama aku  tak suka dia. ms aku aku ckp nak kawin dgn dia, mama tentang abis2. katanya mampu ke dia nak sara aku nt? mmg marah giler la aku kat mama time tu. konon nye mama saja jeles dgn aku..(mcm la mama nak jeles dgn aku kan? apa lebih nye dia dr abah aku? habuk pun tarak). pastu aku ngadu kat abah ckp mama tak suka sebab masa tu mama dah ada calon. 54 gtu..hikhikhik. tp abah tetap sokong aku. sebab abah nak sgt aku kawin. katanya kalau apa2 jd kat dia atleast aku ni ada org jaga (i love u abah). so mama tak boleh ckp apa hanya berdiam diri jerk.


          Pada mula nye semua berjalan ikut perancangan. Konon nya aku nak tunang raya puasa ari tu dan kawin akhir thn nih (dah agtal sgt ke apa aku nih). tp mama tak setuju (smmg nye mama tak setuju dgn pilihan aku) katanya tiem tu banjir la, kakak nak bersalin la, so aku pun akur dgn kata-kata mama tu. yea la, dia kan tak suka aku kawin dgn budak itam tu atleast aku dgr la ckp dia kali ni. so kami pun ubah plan. tunang januari 2012 (raya cina) dan kawin akhir bln april 2012. Apa lagi..gedik-gedik la aku nak kawin. 


Tiab-tiba.......semua nya berubah. mimpi ngeri kembali (ewahhhh). Lama-lama dia menunjukkan belang nya. kuar semua perangai dia yg sebenar...ermmmm..aku hanya boleh katakan, indah kabar dari rupa. Mcm tu lah perumpamaan nye. Langit yg disangkakan cerah tetiba jer jadi mendung. Adakalanya ribut petir and hujan lebat gtu....hakahakhak..

          Lama kelamaan, aku pun rasa rimas dan lemas (mcm lagu ruffedge) dgn sikap dia yang "terlalu alim" tu. Demi mencari jawapan terhadap kelemasan dan kerimasan aku itu, aku telah mengambil peluang untuk diberikan petunjuk semasa Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan aku berdoa agar allah berikan aku petunjuk dan akhirnya aku mula rasakan yg hati aku jauh utk dia. mcm dia tak wujud jer dlm hati aku dan pada hari raya puasa, aku beritahu abah yg aku tak rasa dia jodoh aku dan aku tak nak kawin dgn dia. Terkejut beruk abah dgr aku ckp mcm tu. Abah dan mama sibuk dok tanya aku knpa tp aku tetap mengunci mulut sebab aku tak nak abah and mama benci kan dia. dah la mama mmg sedia tak suka dia. 


          Lepas blk dari cuti raya, aku rasakan makin lama makin jauh dr dia. Tp aku tak tau mcm mana nak gtau. So aku cuma bersabar dan percaya pasti ada penyelesaiannya. Tp tetiba jer aku dpt citer dr kwn-kwn aku yg dia nih dok msg2 kat kawan aku. WAT THE FISH? mmg aku ngamok gilos ar..ngamok bkn jeles tp rasa mcm "eh, dia nih xsedar diri ke?" tp pd masa yg sama aku happy gak sebab lagi kuat la rasa aku nak putus dgn dia. so dua hari lepas aku buat keputusan yg aku dgn dia nih sesuai berkawan jer...fuhhh..lega..


Aku sikit pun tak nyesal putus dgn dia. malah bersyukur sangat-sanagt. Aku rasa kalau aku kawin dgn dia, mesti aku sengsara. dah la jenis tak nak berusaha. harapkan aku jer..mana boleh. Aku nih girl bkn nye lelaki nak kena berusaha utk sara ko...Gila ah..


           Skrg ni bila aku pikir balik, mmg patut la mama tak setuju aku dgn dia. Bkn nak menghina atau merendahkan dia. Tp dia tu tak sedar diri. Sepanjang Aku dgn dia, aku tak pernah pun susah kan dia. Tp kalau dah jenis GATAL tu mmg cam ni lah..Ada hati nak tackle kawan-kawan aku. Mcm la dorang hingin dgn ko tu.....So skrg ni, aku dah single. kalau aku nak cari calon, aku akan ingt kata-kata mama nih " kalau nak kawin, kena cari org yg boleh bg kesenangan lebih atau sama dr abah bg kat awk."..Alamk aiii..dah lapaq banget nih. so aku nak blah g makan la. Pesanan kpd budak itam (kot terbaca blog aku ni)....lain kali, sedar la diri. belajar utk rasa bersyukur dan berterima kasih okies?...ko ingt aku heran ke ko nak gatal dgn perempuan lain? ko ingt aku heran ke kalau ko tak der dlm idup aku?

No comments:

Post a Comment